Showing posts with label drx clinic. Show all posts
Showing posts with label drx clinic. Show all posts

Monday, September 2, 2013

Review: DRx clinic

Assalamualaikum

Blog post ini sesuai untuk wanita yang banyakkkk bertanya di inbox dan email tentang facial/skincare set/skin treatment/clinic mana yang best pernah saya cuba, tapi jarang direply dengan teliti dan mantap dan jelas oleh saya. Sebenarnya saya dah jarang pergi facial, zaman gila facial dah berakhir. Mungkin sebab dah malasss nak hadap orang pujuk dan paksa subscribe for facial treatment just for the sake of money, not helping to solve the skin problems that we have. They said, it just a consultation, but it will end up saying that our face has sooo many problems that we really need help so badly, here goes RM3000 for nothing. For skincare range pulak, setakat ni saya guna ok je for maintenance, untuk improvement, saya tengah cuba one product, and we'll see the result in 3 weeks time.



vivian terangkan sikit pasal DRx program. Mentang2 la ada orang ikut, semua pon disuruh ambik gambar ehehehe, kalau tak, memang tak laaaaa.

Saya cuba Derma-Rx skincare program ni lepas baca blog yuyu wahaha. Nampak muka dia berseri-seri semacam je. Dia punya experience visit DRx clinic pon macam best, so why not try kan. Buat research sikit pasal DRx clinic ni, dia macam klinik kulit fokus kepada kecantikan. First thing first Consultant, Jane, Jane ni cantik gila pastu korek rahsia dia pakai DRx jugak wahaha, terus semangat nak try, so dia akan ambil gambar kita (sila pakai inner neck sebab pakai tudung susah dia nak nampak semua bahagian) and send to the doctor (inhouse doctor) for analyzing purpose. Then, bukan Therapist biasa yang consult kita, tapi doctor yang akan consult dan beritahu apa masalah kulit kita. Thank god Dr jason tak exaggerate lebih tentang masalah muka yang ada, seriously kalau u pergi tempat lain, dari takde masalah muka terus jadi banyak masalah muka. 

mula2 tangkap gambar, bagi dr, doctor akan terangkan masalah, and then therapist akan terangkan tentang product yang sesuai.

My concern haruslah dark circle, tapi as per explained by Dr Jason, takde lah teruk mana, sebab mata saya memang kedalam dan genetik begitu, so cure dia takkan boleh hilangkan semua la dark circle nye sebab hitam tu bayang2 bila berada di bawah cahaya, dan bila senyum ada wrinkles sikit. Masalah lain blackhead and yang paling saya nak sangat ialah supaya muka saya glow, seriously. we can differentiate the glowy and dull face. Dia tak semestinya orang cantik pon akan glow, kadang-kadang orang muka biasa je, tapi glow tu ada, faham tak?  I want that glow. Pesanan terakhir Dr Jason sila lahh pakai sunscreen sentiasaaaa.


Lepas keluar jumpa Dr, apo laie, duduk kejap pastu sign up skincare programs dengan rela hati. What happen with Nabeela nihh, memang selalu camtu, kalau orang paksa lagi taknak, kalau orang bagi fikir kejap, tergedik2 nak sign up. DRx clinic ni memang dah famous dekat singapore (bukan laser treatment yang rosakkan muka blogger tu ye) dan baru sahaja bertapak di Malaysia. Dari pergi facial sekejap2, pakai product yang takde consultation main bedal je taktau kulit kita perlukan apa, baik jumpa pakar terus kan. Then beautician akan terangkan product apa yang kita perlukan dan explain why we need that, every single products la dia akan terangkan. Sekarang saya tengah cuba 6 items (foaming cleanser, toner, max-c, comedone,vit-a-gel dan tinted sunscreen) dan da stop fully guna brand lain, another 3 weeks nanti kita tengok beza dia okeh? Kalau campur produk, mungkin akan melambatkan improvement.


ini adalah apa yang saya pakai, siap ada no ikut urutan. Semangat nih

Setakat yang saya guna selama seminggu nih, so far perubahannya lembutkan kulit, idakler pakai seminggu terus gojes, nanti kalau dah lama-lama, ada beza lagi, ill let you guys updated. Sila lihat beza nanti kesan bekas-bekas jerawat (Alhamdulillah setakat ni ada kurang sikit bekas jerawat), blackhead dekat hidung, warna kulit tidak sekata dan juga glow atau tidak. kalau berjaya, maknanya yayyyyyy to DRx clinic. One thing yang best about DRx Clinic, dia akan pantau penggunaan product diorang dari semasa ke semasa, unlike high end product yang kita beli dekat counter, which the price pon lebih kurang sama, kita punya penggunaan lebih teratur and any problems boleh refer ke DRx balik. Kalau ada apa2 masalah call je dia, and dia akan consult balik penggunaan.

Untuk keterangan lanjut boleh pergi web DRx clinic website dan facebook! the product is great, no kidding. Oh ye DRx clinic terletak di plaza damas, hartamas. Contact no 0362013088, boleh call untuk sebarang pertanyaan.