Saturday, December 24, 2016

Perjalanan ke ayer itam johor

Assalamualaikum semua

Wehh seronok pulak tulis dalam blog ni. Entah. Selesa kot. Sebab rasa like old days. Dulu pon tulis blog sebab suka-suka till ramai baca then rasa malu plak. Skang da kurang visitors start selesa balik wakakka sebab kalau orang baca pon orang tu silent readers. Kalau bebel sorang kat facebook atau instagram macam rasa syok sendiri perasan macam orang nak tau haha. Sebab kau tau ada orang tengok sebab ada orang like. Paham tak. Blog ni takde orang like or comment or orang kata syok sendiri sebab wehh ni blog aku kot gitu

Or whatever la. Lama gila tak bercakap dengan orang sebab iteww suri rumah. Iteww jarang atau tak jumpa kawan pon. Cakap dengan suami je. 😩. Soft skill lansung kelaut. Orang nak beramah mesra lansung taktau. Pergi event apetah lagi. πŸ˜”

Well takpe boleh develop balik. Excited wehh tulis ni. Taktau la nape cacat snagat mak orang ni. Seronok rasa. Excited niiii. Ahaks ahaks ahaks. K cukup la nak syok sendiri pon ada batas nye k bella

Ni masa kita tengah siap suruh la apak pakaikan baju hani. Sebelum pakaikan baju jalan, kita bagi pakai singlet dulu kang nak makan la nak main la nak minum air la tumpah dah kena tukar baju lain pulak. Sekali apak pakaikan dia tak bukak pon singlet tu. Dia ingat laki g kerja ke kena pakai undercover. Panas budak tu. 

Harini kita pergi rombongan merisik family suami di johor. I suka roadtrip tapi tak suka duduk kereta lama2. Pening nak muntah semua la. Jenis memang tak boleh duduk kereta lama. Suka pergi jalan tapi taknak duduk lama tapi nak pergi jalan jauh. And and and yang peliknya kalau pergi johor je sakit pening dia 2 kali ganda. Sebab tu tak pernah seronok kalau nak kesana. Nak pergi jalan best tapi nak tempuh perjalanan tu stress. 

Sebab tu i never like carpool. Gedik kan. I tak suka sempit dalam keta lagi3 jauh sebab tak selesa. Dengan ada anak lagi. Rimas sebab anak still breastfeed. And kena ada space yang besar, anak i olls ni darah sejuk panas sikit berpeluh ya Allah macam dekat depan unggun api. Hanya keta daddy je dia boleh naik sebab aircond kuat. Kereta orang lain tak boleh tahan la kesejukan dia. 

Sebab mak dia pon tak tahan panas. Bayangkan masa pregnant dia dulu memang setiap masa cari kipas. Setiap masa duduk depan kipas. Lansung tak tahan panas. Kalau dapat aircond memang bersyukur habis. Pastu turun ke anak pulak nak sejuk je. Tido tak pakai seluar, kite selimutkan la memalam dia bangun tolak selimut πŸ˜‚πŸ˜‚ 

Ape ape je lah nak janji bahagia. Jap nak cerita rombongan kan. Alhamdulillah berjalan lancar. Pak mertua jadi wakil bercakap. Pastu makan pastu habis. Hahahah tu je nak cerita hahahah. Pastu kita beli mee siput. Pastu beli ikan pastu beli sotong lam plastik tu sedap hoi suka sangat tapi tak tangkap gambar lam keta

Ni paklong hani. Beza 6 bulan je diorang cuma pangkat je lain. Orang kata muka sama hani. Sama eh. Skati je hani panggil dak tu ayish. Tak kisah pon kecik lagi bukan paham pon. Jangan serious sangat maynn. Besar2 da paham sikit panggil lain k hani. 
 

Tuesday, December 20, 2016

After a year and plus

Salam semua

Kesian rasa dengan blog ni. Serious tak berjenguk lansung. Da macam berkubur sampai disini sahaja. Dulu selalu jugak baca blog sendiri. Tapi kalau sekarang baca masyallah aku ke ni dulu. But anyways biasa lah dulu dengan sekarang lain. 

Orang boleh jadi lebih matang ye dok. Hahaha poyo gila matang ke sekaranggg. Tapi rindu la dulu cakap je apa nak. Sekarang nak cakap macam dulu nazubillah takut takde orang paham. πŸ˜‚πŸ˜‚

Anak kita 2 tahun lebih da. Besar da anak kitew ni. Jap tepek gambar


Eh kata gambar anak je hahaha. Nak jugekk mak nye pon


Rindu nak menulis tapi takde point nak tulis apa. Dok tengok la hp scroll segala macam last2 apa pon takdak. Kan menulis lagi bagus. Ok ni bukan janji tapi cuba. Insyaallah kita tangkap gambar banyak sikit. Sekarang nak tangkap gambar pon malas 😭😝

Kalau ada gambar menarik sikit. Kemain ko dulu beria keluar camera gabak tangkap gambar segala benda. Ni nak keluar hp pon berat tangan nak ambik. 

Jangan taktau anakku ni melekat 24/7. Makan pon beriba. Tidor pon melekat. Pergi event pon kirim salam laaa orang jemput pon last2 fedup sebab tak reply

Hahaja ok da bebel nak habis da ni. Lansung takde input entry ni. Hahaha ko nak cerita apa sebenarnya ni bellaaaaa. Boleh nak buat buat untuk first entry. Jangan next entry start taun depan da la kikikiki

Ok till next see youuu


Kinetic sand best dan murah

Salam semua

Semangat tau semalam update tetiba harini update lagi. Haaaa lepasni mungkin lesap terus 😏

Baru je tadi jenjalan pergi gm klang. Bukan first time, tapi first time jalan lama sikit. Selama ni pergi weekend nak jalan sikit da pening sebab terlalu ramai orang. Nak pilih pon susah. Seller pon penat melayan. Ye la tanya nye banyak. Beli nye tidak 😝

Eh jangan memain dengan pertanyaan. Kadang orang tanya dulu. Esok-esok datang terus beli. Syukur la ada orang nak singgah kedai kita tanya. Kalau orang lalu pandang sebelah mata ja lagi laa sedih kan

Saja jalan nak tengok rompers baby for baby boy. Ingat dapat harga borong. Tapi nan ado. Kena beli min 6pack jenis sama baru borong. Kalau harga retail dia jual mahal dari tempat lain. 6pack banyak sangat. Kena datang next time la kalau nak beli banyak. 

Jalan lagi terjumoa kinetic sand. Dah lama da cari. Tapi mahal. Ataupon tak teringin nak beli lagi. Sekali ada display dia tetiba cam wooww woww wowwkena beli ni sebab banyak sangat dalam kotak tu ada

Ada kotak, ada pelampung tuk main, ada pasir ada mould dia gila banyak. Murah plak RM30 je. Tapi dah campur parking minyak takde la 30 mungkin kos dia lebih lagi. Baik beli online sama je harga wakakkaka. Beli lah dengan bijak ye. Online kalau dia jual RM35 ok je lagi. 

Tengok la kalau ramai orang nak kita ipen order boleh la beli secara berjemaah berbaloi sikit nak pergi beli nya 

So far hani suka. Best. Mak pon suka. Melekat. Tapi tak la melekat cam gam. And tak la hancut cam pasir pantai. Just nice. Yang penting senang kemas! 

Kalau hancur berderai tu boleh buat kepala pon berderai nak kemas. Boleh guna tangan je then satukan dia. Paham tak canee. Agak2 je la ye. Mould dia banyak gila seronok sangatttt. Yang hani main ni keluarkan half je. Half lagi simpan. 

Best hoi. Beli la untuk ransangan anak2 cewah. Takpe la sepah sikit pastu sapu balik kikikikkii. Tapi tak melekat dan melekit. Bagus laaa. Kita tepek gambar bawah k. 

Apak nye semangat keluarkan pastu dia tido. Mak la sambung main drngan anak


Last2 mak masukkan hani dalam tu je sebab dia rimas tak sampai pasir. Habis berterabur dekat luar. Memang la senanv kemas nak hoi tapi mak tak boleh tengok  ni jatuh2. 

Ok sekian cerita ku harini. Kita jumpa lain kali tadaaa



Friday, October 9, 2015

Perfume borong alrehab

Salam semua. 

Kita buat Iklan sebentar ye. Siapa pernah dengar perfume alrehab? Jenama yang orang pergi haji je mesti bawak balik. Tak pon ada kawan duduk mekkah madinah bagi Hadiah ke?

Ada takkk? 

Cam gambar atas ni. Yang macam pen tu? Mesti ada kan? Dah kawan bagi, lepas tu habis pulak, takkan nak Mintak lagi pulak. Dah la jauh. 

Jangan risau, sekarang dah ada di malaysia dengan mudahnya! Wowww. Bukan dalam bentuk pen je, ada poket, roll on pon ada. Sesiapa cari perfume alrehab dah ada kat malaysia!

Siapa yang tak pernah try, sila try at least 1, then mesti jadi favorite perfume. This is the normal ARAB perfume yang macam minyak attar tu. Ni perfume setanding eropah tapi dibuat di negara Islam. So in a way kita Boleh support Muslim country kan? Yang penting yakin halal


️Pen Dan poket ni Sama je. Yang beza nye kuantiti. Dan ada bauan pen yang poket akd Dan sebaliknya. Siapa peminat sandra,lovely,Sabaya,️Sultan,secret man, ️Silver,️Choco musk,so sweet Dan banyak lagi. 

Ada 15 jenis bauan pen Dan 19 jenis bauan poket. Boleh ke

INSTAGRAM : alrehabmalaysia 
FACEBOOK: alrehabmalaysia 
BLOG: alrehabmalaysia.blogspot.com

Perfume alrehab secAra borong bawah RM300 sahaja ada 48pcs! Untung sehingga 2 kali ganda. Kalau sesiapa berminat nak berniaga Boleh Terus what's app 0196416966

Mintak senarai bauan alrehab yang ada Dan senarai harga borong sekali. Nak  beli per pc pon Boleh. Nak tau yang mana best seller untuk dijual pon Boleh. Banyak dah peniaga ambil dari alrehab malaysia ni. 

NI I PUNYA BUSINESS HAHA SO APA LAGI MESSAGE CEPAT! Memang I direct Terus dengan company di Jeddah, semua Barang original Dan kita pengedar berdaftar di malaysia. 

Thursday, May 7, 2015

Review Grella's restaurant ss19


Salam semua

Alkisahnya ada satu minggu tu pergi rumah parehah my mba friend dekat subang sebab nak ambil tudung. I olls kan jual tudung, selalu i olls bagi each colour dekat kekawan so kalo dorang nak beli amik la, kalau tak habis pulang balik. So nak pergi ambik the balance tudung tu lerr. 

Naik la kereta. Bukan the usual car yang husband bawak pergi office la. Kereta yang i olls bawak nak pergi dekat dekat sini sajo. So balik tu tetiba ada bunyi. Padahal plan nye lepas pergi rumah parehah nak g puchong nak g ioi city nak g shah alam nak g putrajaya. Banyak tak nak g? Wakaka. Tapi baru first destinantion da rosak. Eksoz tercabut keluar sikit dari landasan kekdahnya

Lalu sama cari kedai eksoz dengan bunyi3 nye, husband melilau cari kedai eksoz, isteri melilau cari kedai eksoz jugak sambil cari kedai makan. Haha sekali nampak grella kitchen. Husband ingat i olls search kedai eksoz kat google tapi search review grella. Pastu benti kat deretan kedai sebelah kedai tomyam, ye la bukan pernah pergi area situ dah tentu kitorang tatau nak makan katne. I terus petik jom la makan kat situ tadi i ada nampak
Dari luar. Dia punya dapur dekat luar je

Pernah pergi ke? Cane u tau. Tadi tu i dah nampak. Hiuhiu. Mata memang crpat je tangkap kalau kedai cam menarik ni. So pergi la ke grella kitchen. Memang dari jauh bau da dia nya kambing grill tu. Main dia burgers and few spaghetti. 

Price wise bagi i ok la sebab banyak. Kalo restoran lain harga mahal tapi ciput. 

Husband order grill chicken burger while me order lamb grill spaghetti. Memang expect sikit je lamb tu sebab dia serve ngan spaghetti kan so mesti macam side dish je. Sekali sampai ya Allah banyak gila. Bau pon wangi hoiii. Saya memang suka kambing ye. Suka yang suka la. Kalau bagi sekor sorang pon i olls makan. 

Lamg grill spaghetti rm20.90. Tak habis spaghetti tu i makan. Plain spaghetti je tapi makan ngan lamb jadi sedap and siap ada gravy. Tapi i tambah chilli saucd jugak

My husband punya burger chicken grill. Dia grill chicken pastu dia tempek dalam burger. Husband kata sedap bole la katenye. Tapi i nye memang sedap recomended. 


Teringat pulak rasa lamb grill dia. Pastu masa makan kitorang bagi hani salad soh dia pegang and main sekali ada sikit die tertelan pastu tersekat kat tekak la kot pastu dia muntah terus kat husband hahahahahha. Muntah banyak hoi. Tapi yang penting pastu kitorang tetap g ioi city okkk. 

Kedai ni dekat ss19 subang. Search grella nanti adaaa. Kalau masuk lorong tu its on the left side. A must try lamb grill spaghetti k ❤️

Saturday, April 25, 2015

Its been a while..

Salam

Ada tetiba anonymous ni comment dekat entry lama back then in 2010. Lama nye dah berblog. Ada banyak sangat kenal orang through blogging and alhamdulillah saya takde haters yang terlampau mendengki and all. Sebab mungkin saya syok sendiri dekat blog sendiri pastu hanya cakap pasal diri sendiri. Sebab asalnya blog ni memang untuk bacaan yang syok sendiri. 

Sebab tu bila baca balik entry lama, ya Allah rasa macam nak tampar tampar pastu nak delete je, ayat memang gedik habis eja nak jadi na, suka jadi sukew, semua yang belakang nye k semua buang k. Seperti awak jadi awa, yang ni tatau la nape orang guna lagi. Tak rasa awa niw gewdik ke. Aduh hai. 

Its been a while kan, i taknak delete pon entry lama. Tapi ada jugak yang delete as to respect all my friends yang dah berhijab bila search nama diorang keluar blog ni. Kadang terpikir apsal la korang boleh baca blog yang tulisannya tak betul. Hahahah! Kalau i da remove da sebab pening kepala otak nak baca dalam keadaan pelat. Tapi tu la zaman da berubah sebab sekarang bebudak lagi pelat kan. Hahahahhaha. Mungkin they found it so cute or manja or senang faham or whatever reason tulis ittee cayunk cangat kat awaaa. 

I cant handle this ucux oiiiii


And we go through that moment too k. Cuma nye different way la. Adik-adik jangan nak pelat sangat bila nak start tulis blog sebab nanti bila da besar baca balik, rasa macam nak ketuk kapla sendiri. Hehe till then byeeee ❤️


Wednesday, April 22, 2015

Pengalaman bersalin anak pertama : part 1

Salam. Saya nak share sikit pengalaman bersalin anak pertama yakni anakku hani sophea. Tarikh sepatutnya bersalin ialah 16/10/2014. Saya bersalin 13/10/2014. Seminggu sebelum saya bersalin saya check up seperti biasa. Biasa la dr check ctg nak tengok contraction level and bukaan da berapa cm. Masa tu baru 2cm rasanya, contraction agak tinggi tapi tak sekata. 

Ok la dr advise banyakkan jalan. Memang banyak gila jalan. Btw kan dr salu tanya ada rasa sakit tak. Tapi memang jawapan saya takde pon sebab saya taktau definition sakit contraction tu cane. So masa ctg nurse la pantau, saya memang asik tanya je cane sakit. So bila naik graf tu nurse kate la haa yang tu contraction la tu, sakit tak? Tak pon tapi macam mengeras. Ye memang tak sakit, dia rasa cam baby gerak n keras. Thats how i feel la, tatau orang lain. Even da sampai tinggi pon saya cakap tu bukan sakit, tu mengeras. Nurse pon cam, k bella kkk. 

Alkisahnya, sebab dr asyik kate awak ni betul ke tak sakit muka rilex je. Takde pon, takde instinct nak bersalin ni. Haha bolehhh. Ko ingat besalin tu nk kna tunggu ada instinct ke apa. Dr pon cakap kat husband, saya tengok dia ni boleh tahan sakit, tapi tatau la dalam labour room nanti cane. Pastu masa jenjalan ngan husband dia g langgar lubang and tetiba perut rasa lain. Serious rasa lain, senak semacam. Pastu cakap la ngan husband, i rasa lain macam la, ye la da la dr takutkan kate awak ni sume tak sakit, kang nak beranak kate tak sakit tak sakit. Dengan taktau sakit nak beranak cane, dengan tatau nak agak contraction sakit selang 5 min cane. Sume la taktau tapi i tell u sakit beranak contraction tu sakit nak mati. 

Pastu husband kate jom la g spital. I cam taknak la, isk nanti dr kate ngade. Ye saya ada masalah g spital/klinik kalo sakit sikit sebab tak suka orang kate lembik. Setakat sakit sikit, dok je la rumah. Da sampai parking pusrawi tetiba terus hilang sakit. E eh baby ni kannnn memain plak. Pastu gelak2 jap discuss nak g ke tak emergency. Ye la da tak sakit. Suami yang penakut lebih kate g je la at least dr pantau. 

Pergi dkt emergency room cakap ngan staff tu saya rasa nak beranak la sambil senyum. Ko ada orang nak beranak senyum2 pastu taknak dok wheelchair. Baha! Ni semua suami yang suruh. Siap request lagi kat nurse, saya nak jalan, taknak dok wheelchair. Nurse cakap sakit ke tak? Ye sakit sakit. T_T. Pastu da masuk labour room, ye la kate nak beranak, ingat memain ke, midwive check kate mungkin langgar lubang baby memain sikit. Muka ni macam taknak beranak je. Muka tahan sakit nak beranak sumpah buruk k. 

Tidur la suami isteri atas katil berdua dalam labour room sambil gelak. Membebel abis i malam tu ye la ni memain plak. Orang da kate kat parking nak balik sebab tak sakit da, tadi sakit la skang tak sakit. Mesti dr ingat kite memain, nanti kena marah. So da tido semalam, tetiba esok nye ingat bole balik, sekali tak! Huearghhh stressnya. Ha ni bukan gelak lagi dah, ni stress. Kena stay lagi satu malam huwarggggh. Nurse/dr ada la cek bukaan tatau bape kali. Orang cakap sakit gila tapi i baca tips kata nak kurangkan sakit, rilex and tarik nafas. I buat camtu alhamdulillah tak sakit lansung. Rasa la seluk tapi tak sakit. Jangan la fikir sakit je, tak rasa lagi da takut sakit sebab tu sakit. 

Pastu da macam orang sakit la sebab kena dok spital. Malam tu tido sorang, husband kena balik sebab tido bilik 4 orang laki takley teman. Memang takdr pape pon, dr kate mungkin sebab hentakan tu yang sakit tetiba. Tapi taknak la gtAu husband saya ni tah pape tah takut sangat terberanak sebab tu dia soh masuk jugak. Padahal boleh g klinik kecemasan kat bawah tu tanya dulu dr saya ni nak beranak da ke belum. Gituuu. Itulahnyaa. 

Start dari kena admit tu dr soh datang lagi pastu terus pakat ngan husband kalo tak sakit taknak datang bazir duit je sebab kitorang self finance. So sepanjang tunggu nak beranak tu gigih la pergi berjalan hari2 ke klcc midvalley ikea titiwangsa dan sebagainya supaya cepat la kuar anak oi. Suami pon da takde semangat nak kerja asyik je tak datang teman isteri takut beranak. Isteri pulak amboi best la berjalan bagai tempat aircond ngan duit sekali abis. Bukan duit isteri, duit suami. Dah tu, teman isteri dia pulak yang membeli padahal isteri nak berjalan je :p

Korang nak akhir akhir bulan tu jalan la bebanyak. Jangan tunggu last min baru nak jalan macam i ollss. Biar penat tak larat ke tapi banyak jalan dan banyak minum sangat membantu untuk smooth deliver. Biar penat sikit tapi senang di kemudian hari. Jangan nak rilex je alasan perut besar tak larat.  Walk walk walk. Nanti masa pantang rehat lerr. 

Till then nanti sambung lagi. Cerita 6 bulan lepas ni hihi

Tuesday, April 7, 2015

Risiko tidak diberi susu ibu

Salam semua. 

Alhamdulillah setakat Hani Sophea 6 bulan saya berjaya fully breastfeed yayyy. And long way to go. Mudah mudahan Allah permudahkan. All i know, yang susu ibu adalah hak anak, macam rasa bersalah menafikan hak anak, so biarlah anak dapat yang terbaik. Even kadang orang tua specifically selalu cakap susu badan tak cukup tu, kena minum susu botol, i snanye nak je cakap what ev, this is my daughter, i do what i want. U can give your own child susu formula. Tapi i olls senyum je la sebab bukan semua paham and bukan semua diberi peluang menyusu badan plus bukan semua orang membaca!


I sebenarnya lansung tak pandang remeh mak-mak yang bagi susu formula, she knows what the best for their children, takkan la mak nak cakap ko minum la susu formula, mak malas nak bagi susu badan, nak jaga badan. Tu memang no comment la. Tapi kalau dah berusaha dan banyakkkkkk sebab untuk tidak menyusu then, thats your decision. At the end of the day, semua mak nak yang terbaik untuk anak kan? 

Macam saya, saya tak pernah comes in my mind yang there will be other substitute for milk except from myself. Sebab saya baca nak nyusu ni kena positive je. So what ever it is, the only milk u will drink is mine. Jadinya tak pernah terfikir susu ada  ke takde, susu banyak ke sikit. Always have a positive mind. Bersungguh2. Selalu kalau orang dah sikit susu, dia macam ala susu lain ada, so tak bersungguh la. I ni psycho sikit, susu keluar keluar keluarrr, nanti hani takde makanan nanti mati hihi. Alhamdulillah hani pon takde la nangis tak cukup susu n what not. Breast milk works based on supply and demand. Makin banyak anak minum, makin banyak susu yang dihasilkan. Kalau nak makan supplement lagi bagus tapi i tak makan ape2 supplement except for makanan harian. Saya makan milo kot, eat what ever makes you happy, insyaallah thats your milk booster. 

Setiap kali kalo g klinik nurse akan tanya, minum susu apa? Susu badan. Campur ke? Tak la, susu badan. Saya adalah pejuang susu badan tak berdaftar. Saya suka sangat galakkan kawan2 fully breastfeed. Dan ramaiii sangat belum cuba tapi dah cakap takut tak boleh breastfeed fully. Belum cuba belum tahuuu heee. Negative da tu.  Apa kate tukar ok memang nak fully breastfeed ni. Insyaallah. As for me, saya sendiri taktau sampai bila my journey of breastfeeding, but never comes in my mind my milk will gone. Try try try, positive always positive, kalau the journey ends there takpe la, dont blame yourself, u dah try your best kan ;) 


Ill share with u guys what breast milk can do miracle for your children ❤️


1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.
Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.

Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.



2. Diabetes.
Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.



3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.



4. Masalah pernafasan.
Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.

Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.



5. Jangkitan telinga.
Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.

Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.



6. Kanser.
Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.



7. Jangkitan saluran pencernaan.
Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.

Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.



8. Keberkesanan vaksin.
Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.

Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.

(Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)



9. Perkembangan rahang dan otot muka.
Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!

Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.

Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.



10. Obesiti
Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).

Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.



Source http://www.momschoice.com.my/

Sunday, March 29, 2015

Makanan turun dari langit

Salam

Pernah tak tulis panjang panjang dekat caption ig lepastu delete sebab rasa macam syok sendiri? Bhahaha i always like that sebab suka nauuu cerita pasal benda tah pape. Tapi kan kat ig tempat share gambar solely tetiba i olls nak bercerita macam dekat blog what the....

Kadang kadang kalau tulis panjang mesti orang komen kekawan la specifically apa benda awak cakap ni bella kita tak paham.   -_-' . K fine. Tapi kalau tulis kat blog lagi lah nanti orang komen ko nk buat entry sampah T_T. Tapi sebab kat blog ko taktau sapa baca pastu tatau berapa orang even ada followers pon tapi sebab takde like and takde comment rasa macam safe sikit hiuhiu. Rasa macam menulis masa zaman tak matang masa tu cintan cintun kahkah pastu masa tu yang baca ialah suamiku sahaja haha. 


Ok snanye its 2 am in the morning. Panas gila baru lepas mandi sejuk sikit rasa. I olls kalau panas ni memang rimas anak suami semua taley dekat haishh rasa macam nak buat kubu je jangan kena sikit pon, macam current. Neway nak cerita lain snanye, ada one day my husband ada laaa list down pe benda yang tak puas hati dengan i and one of them is makan. 


I have to share this sebab i found it funny but to him its a serious business haha. Ni je la boleh share, yang lain private confidential hal rumah tangga hikhik. Dia ckp bila lapar jangan la expect makanan ada terus. Hahahahahaha. Lawak ok sebab i memang camtu. I memang dibesarkan camtu. Kat rumah ni,rumah parents la,saya dok ngan parents lagi. Boleh dikatakan almost all the time ada makanan, bukan makanan segera. Mee bihun kotiow lauk pauk kekuih semua ada every dayyyh. 



Kadang orang lain dinner ok today mee goreng. Dekat rumah ni mee goreng is just a snack, minum petang camtu. Dekat rumah i nanti tatau la hiks. Hiuhiu. For mak saya pulak, ia adalah masakan sampingan. Makanan utama haruslah kari, msk lemak, kurma, rendang etc.  Sotong daging kambing udang all the exotic food sesiput semua we got that. Masakan simple mak saya ialah pindang, sardin,masak kicap gitu and etc. 

Food. Padahal jual serving bowl tu. Tapi sebab salad tu nampak sedap terus nak beli


Kalau laparr sangat and takde makan/tak lalu nak makan i akan guling2 pastu jerit dengan manja mother nbeela lapar nbela laparrr sampai ada tu nangis. Sebab bila lapar sangat rasa nak makanan jatuh dari langit, tak sempat da masak makanan sila jatuh. Tapi jatuh dari periuk mak saya laaaaa.  Tapi ni sebelum kahwin, kalo selepas kahwin mintak cani memang bebelan je yang dapat. 

So bila i keluar dengan husband g memana, when im far from food stock, bila i kate lapar, then 3 min by lapar, after 5 min i da monster. Pastu buat muka. Sebab dia ingat bila i ckp lapar lagi 2-3 jam baru dia nak cari makan T_T. Omg serious i cant tolerate this. Sama macam dahaga. Lagi laaaaaa. Terutamanya dalam kereta la. Dia rasa tense up la bila i cakap lapar nanti dia da kena trus alert cari air/makan kat nearest place. Tapi salunya dia mesti lupa pastu tetiba bila i berubah muka dia mesti hairan apsal tetiba. Pastu i kna ingatkan tadi kan i kata lapar buat tatau je. i lapar kottttt tak boleh tahan. 

Tapi rasa kelakar sebab dia kata jangan la expect bila lapar terus ada makanan tapi i memang seriously this is no joke  i expect for food to come down right away. K bye πŸ˜‹πŸ˜ siapa yang macam ni jugak angkat tangannnnn ;)

Thursday, March 19, 2015

Be good to everyone!


Assalamualaikum semua

Kembali kita lagi dengan saya yayy. Its quite hard sebenanrnya type dengan hp sebab macam tak organize, macam tulis blog secara melepaskan batuk di tangga. Where ive a lot to share and dah lupa cara-cara nak share my thought sebab mungkin emm dah tua and jarang jumpa orang lalu otak kurang berkembang. Huwarggg im soo saddd. 

Anyway, i am a housewife, i dont work, i raise my own girl. To feel proud sebab anak besar depan mata? Or to feel depressed sebab saya suka duit banyakkk. Entah la part of me teringin sangat nak kerja. Hoi i olls housewife i olls cari income jugak ye. Bukan dok goyang kaki jekkk. Cumanya kalau kerja memang income banyakkk la dari pelbagai sumber hihi. Keluar and meet people. Tapi i olls suka masak duduk rumah tapi suka buat kerja dari rumah jugak. So sekarang ni sebagai rumusan nak apa sebenarnyaaaa hoii!! Biar menjadi tanda tanya. Ye manusia ni memang sentiasa tak pernah berpuas hati dan bersyukur. 

I ni jenis berdendam, satu sifat yang nauzubillah isk susah nak murah rezeki ilmu masuk ni. Orang buat i terasa i simpan dan diam dan still buat macam biasa tapi akan ingat sampai bila-bila. Kira hati tak clear la, bila orang tu buat baik, baik la, tapi bila orang buat salah sikit mula la rasa nak ngungkit semua.  Its so easy untuk buat baik dengan orang yang baik dengan kita tapi agak sukar untuk buat baik dekat orang yang buat jahat dengan kita. Kan?

Kenapa? Sebab kita ni lemah. Kadang kita tak perasan pon tapi kita buat snanye. Contoh bila orang blanja kita makan selalu, kita akan belanja dia balik sebab pikir isk dia tak berkira dengan aku, nape nak berkira dengan dia. Kalau orang salu bagi duit, kita tak kedekut nak beli dia memacam, bila orang salu tolong kita, kita tolong dia balik, bila orang datang kenduri kita, eh kena datang ni sebab dia susah susah datang kenduri kita. 

Tapi bila orang tu kedekut, bila time nak blanja berat je rasa, dalam hati kata ek eleh dia dah la kedekut, watpe nak banje, alahh kenduri aritu kita jemput dia tak datang, watpe nak datang dia punya. Dia kerek ngan aku dulu, buatpe nak baik dengan dia. Eh dah la tumpang rumah aku tak bayar pape, apsal nak beli makanan tuk dia plak. And kadang kita akan buat baik dengan orang kesukaan kita je, kalau tak suka semua jadi berkira. Kalau suka, dia buat apa pon boleh, dia buat semua betul, kalo dia jarang banje kita tapi sebab kita suka dia mesti kita akan lapangkan dada dan pikir positif je alaa dia takde duit kot sian dia, kita yang ada duit ni tolong la dia. 

So sekarang ni ada rasa diri baik ke? Ada rasa kita g ngaji kita solat cukup semua buat hati jadi baik? Mungkin kita rasa baik sebab kita dah buat baik dekat orang kita suka dan dekat orang yang buat baik dengan kita. Dekat orang yang tak bagi untung kat kita, macam mana layanan kita pada dia? Macam pengemis, ada kita layan macam raja? Ada kita layan setimpal? Padahal dia juga manusia. 


Kan? I rasa benda kecik-kecik macam ni buat kita pikir balik aku ni jaga ke tak hubungan sesama manusia, hubungan dengan Allah terangan boleh nampak dan buat, tapi dengan manusia? Tetiba teringat benda ni sebab terscroll gallery picture and jumpa gambar my late grandma yang baru je meninggal sebulan lepas emm ❤️ Sedih sebab rasa iskkkk aku ni ada buat dosa ngan maktok ni tapi tak mintak maap huwargggh maktokkk. 

My maktok
Maktok masa nikah kitorang ;) nanti i olls share ok pengalaman nikah ni hee. 

Buat lah baik dengan semua orang walaupun kita rasa susahhhh sangat buat baik dengan orang buat jahat dengan kita tapi niat la dulu, niat pon pahala. I olls snanye mengajar diri sendiri ni, ye la kalau asyik ingat salah orang buat kat kita, kita takkan pernah nampak salah kita buat dekat orang. Cause ourself will reflect orang yang sekeliling dengan kita. So whenever people did bad to u, check back ourself if kita ada buat jahat dengan orang lain tak ok?

Treat others like you want yourself to be treated. Kalaupon rasa aku da buat banyakkk dah apsal orang still bagi sakit hati, but then bila u buat salah, u still tanak orang lain layan u dengan kurang ajar kan?

Till here tadaa