Salam. Saya nak share sikit pengalaman bersalin anak pertama yakni anakku hani sophea. Tarikh sepatutnya bersalin ialah 16/10/2014. Saya bersalin 13/10/2014. Seminggu sebelum saya bersalin saya check up seperti biasa. Biasa la dr check ctg nak tengok contraction level and bukaan da berapa cm. Masa tu baru 2cm rasanya, contraction agak tinggi tapi tak sekata.
Ok la dr advise banyakkan jalan. Memang banyak gila jalan. Btw kan dr salu tanya ada rasa sakit tak. Tapi memang jawapan saya takde pon sebab saya taktau definition sakit contraction tu cane. So masa ctg nurse la pantau, saya memang asik tanya je cane sakit. So bila naik graf tu nurse kate la haa yang tu contraction la tu, sakit tak? Tak pon tapi macam mengeras. Ye memang tak sakit, dia rasa cam baby gerak n keras. Thats how i feel la, tatau orang lain. Even da sampai tinggi pon saya cakap tu bukan sakit, tu mengeras. Nurse pon cam, k bella kkk.
Alkisahnya, sebab dr asyik kate awak ni betul ke tak sakit muka rilex je. Takde pon, takde instinct nak bersalin ni. Haha bolehhh. Ko ingat besalin tu nk kna tunggu ada instinct ke apa. Dr pon cakap kat husband, saya tengok dia ni boleh tahan sakit, tapi tatau la dalam labour room nanti cane. Pastu masa jenjalan ngan husband dia g langgar lubang and tetiba perut rasa lain. Serious rasa lain, senak semacam. Pastu cakap la ngan husband, i rasa lain macam la, ye la da la dr takutkan kate awak ni sume tak sakit, kang nak beranak kate tak sakit tak sakit. Dengan taktau sakit nak beranak cane, dengan tatau nak agak contraction sakit selang 5 min cane. Sume la taktau tapi i tell u sakit beranak contraction tu sakit nak mati.
Pastu husband kate jom la g spital. I cam taknak la, isk nanti dr kate ngade. Ye saya ada masalah g spital/klinik kalo sakit sikit sebab tak suka orang kate lembik. Setakat sakit sikit, dok je la rumah. Da sampai parking pusrawi tetiba terus hilang sakit. E eh baby ni kannnn memain plak. Pastu gelak2 jap discuss nak g ke tak emergency. Ye la da tak sakit. Suami yang penakut lebih kate g je la at least dr pantau.
Pergi dkt emergency room cakap ngan staff tu saya rasa nak beranak la sambil senyum. Ko ada orang nak beranak senyum2 pastu taknak dok wheelchair. Baha! Ni semua suami yang suruh. Siap request lagi kat nurse, saya nak jalan, taknak dok wheelchair. Nurse cakap sakit ke tak? Ye sakit sakit. T_T. Pastu da masuk labour room, ye la kate nak beranak, ingat memain ke, midwive check kate mungkin langgar lubang baby memain sikit. Muka ni macam taknak beranak je. Muka tahan sakit nak beranak sumpah buruk k.
Tidur la suami isteri atas katil berdua dalam labour room sambil gelak. Membebel abis i malam tu ye la ni memain plak. Orang da kate kat parking nak balik sebab tak sakit da, tadi sakit la skang tak sakit. Mesti dr ingat kite memain, nanti kena marah. So da tido semalam, tetiba esok nye ingat bole balik, sekali tak! Huearghhh stressnya. Ha ni bukan gelak lagi dah, ni stress. Kena stay lagi satu malam huwarggggh. Nurse/dr ada la cek bukaan tatau bape kali. Orang cakap sakit gila tapi i baca tips kata nak kurangkan sakit, rilex and tarik nafas. I buat camtu alhamdulillah tak sakit lansung. Rasa la seluk tapi tak sakit. Jangan la fikir sakit je, tak rasa lagi da takut sakit sebab tu sakit.
Pastu da macam orang sakit la sebab kena dok spital. Malam tu tido sorang, husband kena balik sebab tido bilik 4 orang laki takley teman. Memang takdr pape pon, dr kate mungkin sebab hentakan tu yang sakit tetiba. Tapi taknak la gtAu husband saya ni tah pape tah takut sangat terberanak sebab tu dia soh masuk jugak. Padahal boleh g klinik kecemasan kat bawah tu tanya dulu dr saya ni nak beranak da ke belum. Gituuu. Itulahnyaa.
Start dari kena admit tu dr soh datang lagi pastu terus pakat ngan husband kalo tak sakit taknak datang bazir duit je sebab kitorang self finance. So sepanjang tunggu nak beranak tu gigih la pergi berjalan hari2 ke klcc midvalley ikea titiwangsa dan sebagainya supaya cepat la kuar anak oi. Suami pon da takde semangat nak kerja asyik je tak datang teman isteri takut beranak. Isteri pulak amboi best la berjalan bagai tempat aircond ngan duit sekali abis. Bukan duit isteri, duit suami. Dah tu, teman isteri dia pulak yang membeli padahal isteri nak berjalan je :p
Korang nak akhir akhir bulan tu jalan la bebanyak. Jangan tunggu last min baru nak jalan macam i ollss. Biar penat tak larat ke tapi banyak jalan dan banyak minum sangat membantu untuk smooth deliver. Biar penat sikit tapi senang di kemudian hari. Jangan nak rilex je alasan perut besar tak larat. Walk walk walk. Nanti masa pantang rehat lerr.
Till then nanti sambung lagi. Cerita 6 bulan lepas ni hihi
1 comment:
ape sambungan nya?
Post a Comment