Wednesday, June 19, 2013

International photography exhibition, galeri petronas


 Assalamualaikum.

Hyeeee! Yes long time no see haa. Quick update quick update. Please make your time free and visit GALERI PETRONAS KLCC  for photography exhibition. Hey dear malaysian photographers, for those yang tak pernah tau la, actually pertandingan ni every year ada but as far as im concern ramai tak tau kewujudannya.

So yeah why not, you pay a visit and collect few info maybe to join next year, who knows rezeki awak menang ke? Or tetiba masa you alls pergi tengok pameran ini, and tengok gambar2 and said ek elehh aku pon boleh tangkap ni, haa ape lagi pergi cepat. :)) KLPA, kuala lumpur photography award, if you wanna search via internet :)






 



 


Few of the pictures yang i managed to snap :) you are not allowed anyway to take pictures :))) Exhibition ends on 23rd of june. 10am to 8pm yawww, admission is free you allsss :)))

Till here tadaaa :) Im not that busy, if you wondering, i just need more time, 2 works in a time (tak, belum enjoy lagi), time yang ada u can do nothing, sedih, not that challenging, but complaint much laa sebab tired ahahah. Tu je ok bye. Rindu blog sobbbbb. Back to reality bella (tetiba). Arghhhhh rindu,miss me tak? Bahahhaa not funny.



Wednesday, April 24, 2013

Essenseri, have you buy yours?

Assalamualaikum



Hye, saya dah pakai, anda bila lagi?


essenseri terjumpa video saya huwaa, i is malu. i upload dekat youtube tapi kekawan je yang tengok huahua. u can watch it there :))

Monday, April 22, 2013

My life according to instagram

Assalamualaikum

Huhauhuahua tak saya tak busy pon, saya cuma malas je. I just dont get it why la orang yang bekerja selalu kata busy, macam busy gila, i takde masa la, u bukan takde masa, u dont make time. You yourself la kena make your own time la zzzz. Hello i pernah kerja jugak, cuma masa kerja saya adalah bosan, bosan sebab tak boleh buat kerja lain selain kerja yang disuruh kerja walaupun takde kerja, faham tak. 

Ok dah, well sebenarnya saya malas nak bukak social media, im busy (OMG what did u said, BELLA????, busy? shut your mouth up), saya buat kerja sendiri, jadi saya excited lepastu saya nak start kerja balik da which mom does not know about this yet, i mean the job offered, please dont tell her T__T, im in the midst of thinking, considering and so onnn. Saya taknak la pisang berbuah berkali2. So kena fikir betul2

Oh yeah i went to ptd nye exam jugak. Oh well paper b, c and d were ok. But paper A, website kerajaan myEG bella?what bella whatttt. What else, 18 April was my birthday, saya tak ingat sebenarnya, tapi bila dah ingat terus excited, I want sushi and pavlova T_T. Tapi saya dapat pepper lunch yayy yayy yayyy sukaa i olss.

I tak banyak update dekat facebook, twitter, instagram mahupun blog. Tapi upload gambar adalah di instagram la. Itupun jarang, maknanya takde ape yang rajin nak buat huahua, Im spending my time cooking dan real life bonding gitu. Nasib takde smatphone, kalau tak mesti sikit2 tengok itu ini omg, ni pon saya guna abang saya nye iphone dia salu tinggal kat rumah cause he use another phone, I cannot imagine la having my family yang sit together tapi all with phones. Ive seen many families macam tu, even parents, so scared, for me la. Ada soalan ptd,internet bagi impak kepada masyarakat, bincangkan, something like that la.Saya memang kaw2 express, tapi dalam bm hahahahhaa, lawak je baca balik.

Below are the pictures. Please read the description je lah, Ya Allah ni memang dah malas sangat dah ni hahahaha! If u wanna follow my ig, search belladelarosa, nothing much there but still, u can haha. BUT FOLLOW MY BLOGSHOP IG girlsloveshop_. so excited, so korang pon kena excited.

















Itu je, later bye!

Thursday, April 4, 2013

girls conversation

Assalamualaikum

Nel uploaded one resort nye photo at IG and tag abbie, me and bebell menyibuk kate nak ikut. Nel terpaksa la inbox kitorang about that place! I wanna show u bebell yang cacat gile, yang sebenarnya selalu merapu taktau la pasaipa.

I have this utara blood tau, bebell orang kedah, lawak tau dak dia dok habaq ceghita lagu dia. and banyak lagi kalau sms lagi la mengaruutt ahahha! Kalau nak ajak jalan memang dia no 1. nak bawak pergi jejauh pon, malam tu jugak boleh siap,lawak lawak. Guys, she's single, tapi kena lalu kawan2 nye tapisan dulu. 


gila!

Monday, March 25, 2013

Review: Essenseri

Assalamualaikum

Hye korang. Arini i nak cerita pasal one product ni, its from Malaysia which is essenseri. I tried it for about 2 month dah hee, so bila i try yang ni, i stop using nutox la to test their keberkesanan. Kalau lah korang ni jenis malas nak belek2 muka atau kadang2 datang mood malas nak pakai ape2 pon inilah penyelesaiannya. 

Essenseri ni di ada dua je, facial cleaser dengan serum mist. Walaupun ada dua, tapi keberkesanannya jangan diambil enteng. Wah gitu. Kerana dia adalah sikit2 cili padi, apekahhhh, kebaikan dia boleh diakatakan merangkumi semua. Facial cleaser bertugas (haha!) sebagai membersihkan muka dan membuang kotoran make up. Serum mist dia pula berfungsi sebagai toner,moisturizer, dan juga serum. Wahhh.adakah anda teruja? Saya teruja dengan penulisan saya, begitu teratur sekali wahahah.

Seriously guys, ramai orang pakai pencuci muka, toner and moisturizer je kan, selalu orang tak pakai serum. Korang tau tak serum tu dia lagi pekat, highly concentrated, maknanye memberi impak yang sangat besar kepada kulit. Macam moisturizer, fungsinya banyak kepada melembabkan kulit, so siapa yang berfungsi sebagai pembaik pulih kulit, haruslah serum. Saya memang addicted sikit dekat serum ahaha. Tanpa membuang masa marilah kita tengok apa yang saya ada.

 
Facial cleaser dia. Wangi kot bau dia,macam bau lemon, packaging dia pon comel.Dah bukan macam facial wash, macam boleh buat perhiasan bilik air.


 
Haa yang ni pulak rangkaian serum dia. Serum dia ada 3, korang tak perlu la pakai semua, pilih je la mana satu korang perlukan dekat muka. Kalau nak putih ke, nak hilang jerawat ke, nak hilang kedut ke, make up your mind. Jangan lah pakai semua sebab takut kulit pening pulak, macam saya sekarang kulit dah pening. So better focus on one serum and see the effects, after you satisfy you may change to the other one, and after all wallah your skin will glow like a princess. Over sangat perumpamaan.

Extra whitening

 
Acne reduction (loving this) tested on one of my acne and after 3days, with Allah's will its disappeared!

Age  defying

Apa yang best nye pasal serum mist ni ialah dia perlu spray sahaja. Tak perlu nak transfer dekat tangan (we never know how many bacteria stick at your hand) or jari and then baru letak dekat muka. Yang ni terus spray ke muka sebanyak 2 atau 3 kali sahaja and ratakan kat muka. Kan saya cakap serum dia high concentration kan, dia pekat, tak perlu banyak2, so kadar pencemaran tu berkurang la kan (teori saya sendiri)..Harga juga berpatutan, ye la tak payah beli product asing2 kan, beli satu je dah merangkumi semua.

 
Boleh la kan walaupun chapped lips and mata lebam ahahh. Untuk kulit lembut, pakai norefal, nanti saya review! Wehh siapa tahu cane nak bagi hilang gelap bawah mata, tell me, its getting worst!

Kalau nak tau lebih lanjut boleh la baca dekat facebook page diorang. Saya ni kurang la pakar terang banyak2, based on my own experience boleh la sikit2 buat guide kalau ada yang nak try. Beli online dekat sini atau sini or contact 03-5624 1195 untuk tanya ape2 yee‬. And guess what, diorang ada buat contest jugak, wohooo, hehe i kan suka free stuff ehem. Apekah, ini dengan hanya sms boleh dapat bag coach, hantar 100 pon boleh kannn. Ape lagi, pernah tak dengar pepatah, belum cuba belum tahu, so takyah nak cakap alaa mesti ramai gila hantar, mesti tak dapat, ha tu la tak percaya rezeki Allah.


Hadiah dia?

TADAAAA

Saturday, March 23, 2013

Untuk yang suka kata jangan jaga tepi kain orang..

Assalamualaikum

I found this at Dr Harlina Halizah Siraj's blog ;). Susulan dari Rozita Che' Wan answer regarding seksi itu hak saya. A reminder for us as well :). Jangan mengaku apa yang kita ada, kita punya. Sebenarnya nak diikutkan kita ni memang takde apa2, pinjam je semua, macam library, pinjam ye pinjam. Apa yang kita rasa kita punya tu, kita diberi amanah untuk jaga sahaja, jaga pon silalah bersyukur.

Salam ukhuwah
Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.  
Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : 'Who cares?', Dr Har jawab 'I do care! A lot!'
Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :
  1. Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa   
  2. Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku! ‘
  3. Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini :Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan.  Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu?
  4. Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaí) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu. 
Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.

Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.

Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!

 
Salam ukhuwah :

Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)

Thursday, March 21, 2013

Resepi: Fruit tart


Assalamualaikum

Harini saya nak share resepi fruit tart ye. Maaf saya memang ada masalah bila sendiri bake je selalu rasa sedap ahaks! Sebab saya pon ambil resepi orang jugak, orang tu yang buat nye sedap, cuma saya punya tangan menjadi la mungkin. Tapi yang tak best nye, first time je tahap kesabaran tinggi, lepastu boleh buat main campak2 je.Hihiihi tapi sodap jugak aaa.

Saya suka resepi yang senang, sebab kalau tengok bahan banyak sangat and tak pernah dengar terus jadi pening. Tapi saya tak kisah je sebab saya suka duduk dekat kedai barang cake, semua ada. Dulu suka bake, sekarang saya teruja tengok raw food macam daging ayam ikan siput seafood sebab nanti berangan nak masak itu ini. Ok jom kite tengok resepi fruit tart.


Bahan-bahan untuk tart crust

170gm marjerin atau butter (marjerin masin sikit, kalau bake sesuai guna butter)
50gm icing sugar
1 biji telur Gred C (kalau guna gred B, buang sikit putih telur supaya crust tak jadi keras)
290gm tepung gandum (depends pada adunan, kalau lembik, tambah lagi tepung)
1 sudu kecil esen vanilla
Acuan tart 
Cara-cara 
1. Pukul butter dan gula dengan senduk kayu. Jangan lama sangat
2. Masuk telur dan esen vanilla, putar
3. Masuk tepung sedikit demi sedikit. Uli sampai lembut, kalau agak2 lembik sangat, tambah tepung sikit
4. Kalau nak cantik doh tu, simpan dalam plastik bag, masuk dalam peti sejuk semalaman


5. Sediakan acuan tat. Ambiksedikit adunan dan tekan dalam acuan tat, cantik2 and biar sama tebal. Cucuk dengan garfu, jangan lupa. Bakar pada suhu 175C selama 25 minit/ sampai masak.
6. Tunggu sampai sejuk baru letak filling, crust ini tahan lama gilaaa, so boleh buat awal/banyak2 dan simpan.



Bahan-bahan untuk kastard

1 cawan tepung kastard
2 cawan susu cair/ susu rendah lemak pon boleh
2 cawan air
1/2 cawan gula
1 camca besar marjerin
 
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan dalam kuali kecuali marjerin sehingga pekat (api sederhana besar)
2. Masukkan marjerin, matikan api sampai marjerin cair
3. Masuk dalam piping bag lepastu picit dalam crust tadi, biar sejuk dulu
4. Nak berkilat sapu dengan jelly crystal, hiaskan dengan buah buahan.


 

Tadaa da siap.

Selamat mencuba! Saya buat ni banyak kali, sampai la semua orang muak hehe.

Thursday, March 14, 2013

Kisah saya dan ular

Assalamualaikum

Bosan sangat dah blog ni wuwuwuw. Dulu masa kecik sekolah rendah macam tu, saya selalu jumpa ular, nak kena patuk pon ada. Alhamdulillah hidup lagi. Saya kalau balik kampung selalu scary sebab ye la kampung kan dalam hutan ada sawah la lepastu banyak kan binatang ada. Kadang-kadang saya kata kat mak saya, rasa macam duduk dalam zoo.

Ada orang suka zoo, so takde la rasa ketakutan dia. Tapi untuk saya yang takut semua jenis binatang huahuahua it is a big deal. Saya pernah cakap kan, makhluk yang berbulu dan bergerak yang boleh saya terima dalam dunia ni adalah manusia sahaja. Saya bukan stok geli euwww tu saya takut over dari geli. Kalau kucing lalu atas kaki saya, saya trauma siap mandi banyak kalii ahahahha! 

Well kat rumah saya memang ada kucing, and kucing ni memang tak pernah,never ever ever masuk bilik atau jalan dekat dengan saya. Kucing kan sense kalau orang takut dengan dia, thank you la kucing sebab memahami, ai is terharu tau. Kalau dengar suara saya kata shuhhh shuhh je memang dia pergi hihihi.

Cerita pasal ular, saya tengah nak makan nasi, dekat kampung kat penang. Sekarang kampung tu dah takade, maktok saya pon duduk putrajaya, kekadang sukati dia ler nak pergi mana. Lepas amik nasi tu, saya nak pergi la dining room, tapi masa tu saya berdiri je sebab nak patah balik amik air, tapi saya berdiri lama, sekali pakcik saya yang tengah makan jerit ularrrrrr, larii, saya pandang belakang, memang dia betul2 belakang saya huahuahua, and bersedia untuk patuk la, kan ular salu duduk macam gambar bawah ni. Dekat yang betul dekat, yang kalau dia dah start shoot tu, inalillah la, saya pon pecut la dengan pinggan tu, omg im so clever that i din throw the pinggan ihiks.

https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS6qlYd_rG2p9sjorsGaXuR2KQZQsCUaq7MhOk9W2tD213QbxjuKg 

Lepastu yang kedua pulak tak bahaya kot, dekat pokok warna hijau, saya main2 bawah daun kira saja masuk kepala dalam pokok, pokok tu renek je, terpusing la dekat situ nak cari buah la konon, sekali pusing2 ular depan mata, jerit dulu, biasa lah pompuan ahah, lepastu baru lari. Tapi ular daun tak bahaya kan? Yang ketiga saya tak ingat pulak cerita cane.

https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT1fX3edaDdYV0RN7_A4lRcqGwHbm-Xx9Q3u5rncrB5woo6gEkr

Bila dengar orang kena patuk ular, scary kan, macam mana la perasaan dia masa tu, takut gila wehh kalau jumpa dalam jarak dekat. Binatang yang boleh jalan laju ni takuit betul. Saya suka binatang,bila diorang dah mati sebab boleh masak hihi. Ada orang pernah emo ngan saya tau sebab saya makan shark fin soup, sebabb shark hampir pupus ke ape tah, i respect your perspective, tapi as long as its not haram, saya makan je dah Allah bagi. Allah bagi makan tumbuhan, tetiba because you love nature, taknak makan, terpulang laaa. Jangan la emo kalau orang lain nak makann derr

Friday, March 8, 2013

Resepi: Puding roti

Assalamualaikum

Bahan-bahan yang diperlukan

1 buku roti (saya guna butterscotch)
4 biji telur ayam size biasa
1 cawan gula pasir (saya guna gula perang)
250gram mentega
3 cawan susu cair (saya campur susu cair dan susu segar bagi berlemak sikit)
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam (ini pon kasi lemak, ohmai semua nak rasa lemak2 kan)
Chocolate chips
Sebungkus hirisan badam

Cara-cara

1.Sapu sedikit butter pada loyang
2.Pukul telur, gula, dan mentega
3.Potong roti kecil-kecil (nak koyak ke nak penyet ke nak gunting ke nak gune pisau ke pon boleeee) dan masukkan dalam loyang
4. Lepas masuk roti dalam loyang, masukkan pulak susu, rendam seketika. Lepastu masuk telur, gula dan mentega, garam dan esen vanila dan kacau rata.
5. Wahh dah nak siap, hiaskan dengan hirisan badam yang banyakk dan chocolate chips
6. Bakar 30-45minute 180 C 





Sedia untuk dimakan begitu sahaja ataupun bersama sos kastard.

Thursday, February 28, 2013

Love your V with Lactacyd

Assalamualaikum.

Masa tengah tengok blog sendiri tetiba ads nuffnang warna pink keluar. Attractive sangat ads tu, ye lah warna pink and sangat la catch anyone attention who saw that, well done ads/marketing exec! Saja je nak share dengan korang the Lactacyd ads sebab boleh dapat free sample ehehehe. Tau tak V tu ape?Vagina lerrr. Tolonglah separuh lelaki jangan perasan nak pergi claim V jugak. Penting ok V tu. Sila jaga.

Cane nak dapat free sample, bukak page Lactacyd ads tu and pergi dekat VIP club and register semua, then check email, terus boleh log in. After log in then pergi dekat VIP club tu jugak and tekan edit profile, dah isi2 lepastu boleh claim reward yayyy.


Lepas dah claim nanti dia akan keluar page macam ni. Yang 100 Valentine'stu untuk 100 je, you better hurry girls. Siapa lah tak suka benda free free ni kannn. Kalau dia still ada gambar lock tu,maknanya kena edit profile dulu ;)


 

Jangan lupa tengok video dia jugak, informative and interactive!