Tuesday, March 23, 2010

halal dan haramnye perniagaan internet-saye amek dari lab programin nye komp,bukan curik

Pada 12 April 2007 yang lalu, majlis fatwa kebangsaan telah sebulat suara memutuskan, bahawa PELABURAN internet adalah haram di sisi agama islam. Namun begitu, ramai masyarakat yang terkeliru antara istilah PELABURAN INTERNET dan PERNIAGAAN INTERNET. Pada mereka, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan "Buat Duit di Internet" adalah tipu dan tidak boleh dipercayai. Lebih menyedihkan lagi, bukan masyarakat biasa sahaja yang terkeliru dengan 2 perkara ini, malah pihak-pihak yang dianggap sebagai pihak yang handal ICT, juga turut terkeliru mengenainya.

Secara keseluruhannya, terdapat 3 kaedah mendapatkan duit di internet, iaitu :-

1. Perniagaan Internet - Boleh Dipercayai
2. Program Internet - Perlu Berhati-hati
3. Pelaburan Internet – Perlu dijauhi.



1) Perniagaan Internet

Perniagaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya. Perniagaan internet pula boleh dibahagikan kepada 2 bentuk. Iaitu , sama ada "perniagaan yang berasaskan produk" ataupun "perniagaan yang berasaskan perkhidmatan". Perniagaan di internet adalah sama seperti perniagaan konvensional. Rukunnya sama.. ada penjual, ada pembeli dan ada produk. Di dalam Perniagaan Internet.... tiada istilah labur duit, goyang kaki dan kemudiannya jadi kaya.

2) Program Internet

Program internet ini pula. boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, iaitu :-

* Program Pengiklanan (Google Adsense , Nuffnang , Advertlets )
* Program Affiliate (Commision Junction , PayDotCom ,Infinity downline)
* Internet MLM (Get Paid To Program , Randomizer , Forced Matrix )

PROGRAM AFFILIATE

Di dalam perniagaan konvensional, ada sesetengah pemilik perniagaan yang melantik jurujual serta agen-agen untuk membantu mereka mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai. Agen-agen yang berjaya membuat jualan pula, akan diberikan sedikit komisyen hasil daripada harga jualan produk tersebut. Di internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil "affiliate".

Manakala, program affiliate pula, ialah sebuah program yang disediakan oleh pemilik-pemilik website perniagaan, bagi melantik individu-individu seperti anda untuk menjadi agen mereka. Proses pendaftaran sebagai agen kepada sesebuah program affiliate ini biasanya adalah percuma. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar sebagai agen mereka.

Setelah mendaftar sebagai agen di dalam sesebuah program affiliate, anda akan dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda. Tugas anda, hanyalah mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang meng"klik" pada URL anda dan kemudiannya, membeli produk yang dijual di website tersebut, anda akan diberikan komisyen. Itulah penerangan ringkas mengenai program affiliate, anda mendaftar sebagai agen di sesebuah website yang menjalankan "perniagaan internet", dan kemudiannya, mempromosikan URL affiliate ID anda. Jika ada pembeli, anda akan diberikan komisyen.

3)PELABURAN INTERNET
HYIP (High Yield Investment Program)

Ini pula adalah kaedah yang paling-paling disukai dan digilai oleh ramai orang, terutamanya rakya Malaysia... . Campak duit!... Goyang Kaki! Cukup bulan.. duit berkepul-kepul masuk ke dalam akaun bank! Nak lagi banyak? Ajak kawan-kawan sekali, jemput semua sekali orang kampung masuk melabur!

Inilah kaedah buat duit di internet yang di"HARAM"kan oleh majlis fatwa kebangsaan pada 12 April 2007 lepas. Suatu pelaburan yang dijalankan menerusi internet... atau nama sebenarnya, SKIM CEPAT KAYA ALAF BARU.


notakaki..entry inih memang lansung tidak bermaksud untuk merugikan periuk nasi atau mengacau bisnes2 yang dijalankan oleh orang2 sekalian.mana tau orang na tduh saye sbb kononnye dulu saye masuk tapi bankrupt je pastu na soh orang laen bankrupt sesame.mwaahahhaa.tade la.hanya lah renungan.ta salah berkongsi.

No comments: