Saturday, August 3, 2013

Engagement: Behind the scene

Assalamualaikum

Dah nak habis puasa dah hoi. Dah nak raya dah. Ok kita sambung cerita haritu. So sehari sebelum konvo, bakal family mertua datang rumah. Sebenarnya diorang taktau pon ada cincin, si bertuah ye la bakal laki aku tuh baru bagitau masa nak datang baru nak kasi cincin. Apekah hidup seperti banyak kejutan. Sukati je. Takde sesi sarung, sesi mak saya approve saja.

Sesi berikutnya sesi bincang, saya ok je la. Sebab bagi saya ye la ingat bincang je la tunang tahun depan lagi 6bulan ke apa or saya expect, ok datang bincang terus tunang. Sebab saya suka simple2,  kalau boleh tunang takde majlis, ada between family je, tapi tak dapat, adik i olss dapat camtu, i olss ada majlis. Tapi takpe lah dah lepas and suka laaa boleh bajet princess wakaka, saya kan pemalu, tak suka jadi center of attraction, kedua sebab tak suka susahkan orang, like this is my majlis and everyone kena buat kerja, macam unfair kan, bagi saya la. Saya tak sedap hati, macam kesian korang kan kena susah2. 

Tapi sebelum datang bincang masa 25/12/2012 bakal laki message kata tunang awal tahun, sukati dia jee pilih tarikh semua tak bincang, masa tu jangan cakap la terkejut la, bagitau mother dengan mother skali ehhhhhhh ye ke. Kira ada lebih kurang sebulan nak prepare, guess what i benti kerja terus wakakakkaka. Alhamdulillah mak saya memang sempoi gila wehh dia siap kata takpayah khemah makan bersila dalam rumah, saya pulak yang risau eh mother ni mana bolehh kena la orang nak duduk lelok semua. Sebab mak saya budget family terdekat je datang, sekali ramai pulak tetamu. Ye la sebab saya first kan majlis. Lepastu semua la last minute, baju nak pakai tunang pon siap sehari sebelum.

Maka berlansunglah majlis tunang saya yang dihadiri keluarga terdekat saya, terdekat bakal laki, 2 orang kawan saya wakakakakak dan kawan2 parents. Saya dah bertunang yayyyy. Well sebenarnya dah lama hehe :p. Saya telah ditunangkan pada 2/2/2013 bersama bakal laki. Saya jemput 5 orang bestfriends saya sahaja dan saya tidak beritahu sesiapa selain 5 orang ini, tapi 2 orang je yang dapat datang, so kalau kawan2 lain tau makanya memang dari mulut diorang ;p. Tapi dorang bagus, bgtau orang tapi pesan kat orang tu jangan bgtau orang lain,bagus la jugak. Kenapa tak bagitauuu, kenapa tak ajakk, kenapa tak inform statussss. Saya memilih untuk berdiam diri dan merahsiakan pertunangan.

Merahsiakan pertunangan bukanlah jatuh hukum wajib, tetapi disarankan, untuk mengelakkan hasad dengki. Pada saya bila bertunang, saya sendiri yang akan jaga pergaulan, batas, dan mengawal perangai, dan persediaan menjadi pasangan suami isteri. Cukup lah saya beritahu kepada pertanyaan ingin berkenalan, tidak berminat atau pon buat tak tahu je. Tapi saya memang macam ni kot dari dulu kenal dengan dia, tak pernah la tergedik dengan laki lebih2, malu la orang tengok, malu dengan diri sendiri jugak, ye la dah janji nak kawen dengan orang lain, tetiba nak kawan dengan laki lain atas sebab apa. Sentiasa semat dalam hati, bila kita tak suka benda tu jadi dekat kita, kita pon jangan buat dekat orang lain. Saya ni takde la baik mana, tapi saya ni extreme, kalau ada prinsip, saya memang ikut betul lah, no kompromi da. Kalau tentang tu, tentang habis-habisan. So sekarang ini apa sebab perlu kecoh hihi.

Macam tunang ni, bila saya kata tak perlu beritahu, saya memang order everyone yang saya inform not to sebarkan, saya bagi la reason dan sebab2 sekali hadis kenapa.  Sebab ye la dah macam trend kat Malaysia majlis tunang dah macam kawen, so orang dah biasa dengan hebahkan. I olss kan pelik sikit, saya punya fikiran dan hujah tu boleh sakit hati dengar, selalu tanya kenapa nak kena ikut orang in certain cases. Macam kenapa perlu makan nasi minyak majlis kawen, kan boleh jamu lambchop, kenapa nak kena kasi doorgift telur, orang tak makan, why not kasi anak pokok, pastu dekat budak2 kasi colour pencil. Kenapa kena duduk atas pelamin lama2, saya bukan patung tontonan ye. T_T Saya taknak makan beradap, tak suka, saya nak makan macam candle light dinner. Macam hantaran tunang, memang tak lah nak ikut berbalas, 5vs7 ke 9vs11, pihak laki kasi lebih dari pihak perempuan wakaka, nombor genap pulak tu. Macam pelamin tu, saya tak berapa nak kisah ada ke tak, tapi saya nak sebab nak tangkap gambar, suka benda cantik2, tu je concern saya hihi. Saya ikut orang bila saya rasa benda tu berguna, so preparation saya memang tak stress. Dia akan stress bila awak tukar awak punya wants kepada needs.

Sebelum tunang ada la sikit saya buat perangai, asyik nak marah je, kan saya cakap, kalau ada majlis je mesti nak gaduh,padahal kitorang nak bertunang ni, boleh malam sebelum tu memang taktau la nak cakap rasa macam mana, rasa tak sedap la. Tapi excited sebab main makeup2. Sampai ke pagi dia kata taknak datang tunang, kalau u taknak terima esok, takyah terima, jangan pakai cincin tu bila mak sarungkan wakakkakak, lawok betul rasa fikir balik. Pastu i balas la balik, ingat I nak malukan depan semua orang ke apa, kalau taknak, cakap skang, tak pon i pakai cincin pastu u cancel je nantii waakakakakkaka. Nampak tak selalu gaduh u yang taknak i,u yang tak suka i snanye, padahal. Gaduh mulut, hati bunga2 hihi. Ye la bakal laki ala2 penenang bila bom dah nak meletup. 



Darah manis? Saya tak mengalami perasaan tu kot, takde pon jadi extra cantik hihi, mungkin sebab tak percaya, tapi saya percaya, syaitan akan menganggu umat2 muhammad yang bakal mendirikan rumah tangga, tapi Allah bagi kita akal untuk fikir yang mana satu baik atau buruk, kalau kita ikut apa yang dibisikkan, jadi lah dia. Alhamdulillah, setakat ni, setakat ni ye sepanjang bertunang, takde la benda2 yang tak baik, ada la sikit2 tapi ada aku kisah. Orang bertunang sekarang, bila ada orang cucuk line kata, oh darah manis, bila ubah hati sikit, oh darah manis, bila ramai sangat pandang, oh darah manis, gaduh lebih sikit, oh darah manis, seri sikit, oh darah manis, ada halangan sikit, oh darah manis. Derrrrrr. Korang yang da set mind awal2. Saya tunang ke tak, ada je menggatal, so maksudnya apa, dah sedia cantik la ni HAHAHA *pang* pelempang sedas.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar,mana gambar?next entry la. Saya adalah pentunang yang kabut, yang tetiba taknak duduk atas kerusi, nak duduk dekat bawah, yang tetiba dari pompuan taktau malu terus jadi malu, yang memang kabut habis, hyper betul jalan sana sini. Ok la satu gambar hehe. Till here bye


15 comments:

Cheida_Mymee said...

cantik n sweet :)
tahniah for ur engagement :)

Karya Mahirah said...

jgnlah gado2 tak cun... klu gado manje tak pe... hehe

amir aiman akashah said...

taniah cik kak....semoga dipermudahkan

Shazwani Ramly said...

wahhh dah lama jadi tunang org eh kak bella :) bagusnya akak ni. makin lah adore akak kannn. hiks. tahniah walaupun mcm dah basi kannss.

micha said...

Cantik! :) Congrats akak!~

cikMilly said...

Cgrtes bella :)

Mysara Ab Rahman said...

cantiknyer awak...:) wah siap berhnti keje ek...bila lgsungnyer nt ni?

Unknown said...

nice dress ^^

pilot vs said...

cantiknya kak bella.....

Anonymous said...

Congrats sis bella! Cantik sgt

zeera lily said...

sweet... u cntik sgt..

congratulation on ur e-day..

http://belogzeera.blogspot.com/

boni kacak said...

tahniah... :)

Atiqah Nadhirah Azhar said...

Well..i like ur e-day style..x payah nk pakai veil masa tunang kan..simple n sweet.(i gonna be upm student as well):)

SUHAIDA said...

cantiknyeee baju u.
bella..rasa terharu sangat ni..bella masih pakai header yang sue buat...terharu!!! tenkiu cyg!

aindzaya said...

pandainya berahsia kann...
btw tahniah!