Monday, June 11, 2012

3 hari 2 malam di langkawi

Assalamualaikum!

Saya pergi langkawi ni dah lama da. Lama gile, bulan februari haritu haha! Sebenarnya berat jugak nak pergi sebab masa tu kurang duit and baru start final sem and kena ponteng kelas and presentation pulak. Gila ape ponteng presentation. Dengan pikir cane nak tanya parents ni sebab ada lelaki jugak ikut, berpeluh jugak pikir tapi sebab ada orang besar ikut, alhamdulillah selamat. Hehehe.

Boleh dikatakan budget trip jugak la plus qila yang support hotel, hye awak moga dimurahkan rezekiiii. Saya bawak RM500 je untuk 2 orang.  Untuk makan yang banyakk, shopping chocolate, minyak, toll, kereta sewa, all tickets, island hopping semua tu la. Except for fuel and toll from kl-perlis, ni share 4 orang, others share 2 orang. 

Saya malas nak separate entry, so kite sekalikan je la oke. Sila jangan muntah. Kitorang pergi 8 orang, 2 kereta dari KL. Sebab nak sampai jeti kuala perlis pagi, so kitorang gerak malam tu, sebab nak naik ferry pagi2. Kereta boleh parking dekat jeti tapi kitorang parking dekat rumah mami i, so taktau parking berapa kena bayar. Toll and minyak ke kuala perlis dari KL sila budget around RM120. Kitorang tunggu dekat lobby sampai tertidur, dapat check in terus collapse.

TIPS: Takpayah keluar malam/midnight sebab sangat lah penat. Tak tidur dan esoknya mestilah terus berjalan kan, baik tidur dekat rumah, pagi2 lepas/sebelum subuh keluar terus and sampai2 terus check in as check in pon pukul 3 kan. Kalau taknak check in terus pon boleh pergi jalan2 dulu without penat.

Day 1:

Pagi2 sampai kitorang sembahyang dekat masjid near jeti kuala perlis. Guys tidur kejap, lepak2 breakfast, pergi hantar kereta and beli tiket ferry at 10am. Harga tiket feri ialah RM18 sehala. Pergi balik RM36. Sebelum naik ferry tu kitorang dah book siap2 kereta sewa and island hopping dekat jetty tu. Kitorang 8orang so sewa avanza, pakcik tu kasi RM90 sehari and Island hopping kitorang dapat RM180 rasanya per boat. So boat tu kitorang je la, kalau share boat diorang sumbat je sampai 12 dengan strangers la. So lagi best kalau pergi ramai2.

TIPS: nanti lepas korang keluar ferry berlambak pakcik2 offer kereta sewa, hotel and island hopping. Bersepah okayy, so jangan risau. Yang risaunya jangan kena tipu, amik paling murah, kalau sedan car boleh dapat dalam RM60 sehari ikut time pergi. JANGAN buang tiket ferry okayy sebab nanti balik die check tiket tu, kalau takde kena bayar tax beg. Ye la murah kan barang langkawi, so dia nak make sure kita pergi 3 hari la, less than that kena bayar.


IMG_29151 
Masjid dekat jeti
IMG_49201
 Dalam avanza hihi

IMG_29301 
Kitorang stay dekat hotel BAPAK I yang punya, dia bagi nama atas nama i. Eh tak lah over.

Kitorang stay dekat Bellavista. Ada issue sikit dengan hotel ni, service failure and bad service recovery, front liner should be send to training. Qila die ada voucher, she booked 2 standard ke premium room, and add one BED, one bed tau bukan mattress, so masa sampai sana memang kecik la bilik dia, dia normal size tapi kata kecik sebab memang tak muat nak masuk one BED. I wonder how come you offer something that you know memang tak boleh, harga bed and mattress lain, so dia decide taruk mattress je. Yang marah tu diorang taknak settle the problem, fuhh Not a big deal pon sebenarnya. So we went down, talked to the manager, he upgrade our room, an apartment, simple, why make things complicated? We were happy tq bellavista! When customer complaint, obviously your fault, memang u kena ada service recovery, pekerja pompuan tu siap jeling lagi haha!emo. You still should send your front liners to training.

IMG_29321 

IMG_29361 
 our apartment
IMG_29391 
 bilik atas.


Malam tu keluar pergi makan and settle beli coklat semua, ye la esoknya memang spend one day for island hopping and swimming je. I period pain okayy, sedih tauuuu, kalau tak mesti ceria, tak ceria la sebab sakit. And I ni jenis gedik mengada menyampah mengada tau, nak pergi jalan tapi nangis. Memang setiap kali tiada emak disisi lebih dari 2malam, kalau tak comfort ke boleh buat emo kadang2. OMG teruk perangai, satu hari tahan and malam nak makan tu memang dah tak tahan sangat, masa kat meja makan nangis, tapi i lari la cakap ngan tepon, malu la da besar pon nangis. Mother nabeela nak balik, nak balikk, taknak pergi dahhh, nak balikkkkkk, amik la nabeela sekarang, motippp tau. Lempang baru tau. Kalau ada suami disisi pon gedik nangis jugak kot?Kalau nangis nak balik mau kena lempang dengan suami.

IMG_29691

Day 2

Hari kedua pagi2 tu pergi breakfast and full day tu memang for island hopping.  Island hopping RM180 per boat kalau pergi ramai, kalau pergi sikit je orang maybe korang boleh dapat dalam RM25/pax. Island hopping dia pergi 3 tempat, first dia pergi pulau dayang bunting, second tengok burung helang which is takde pape pon snanye, borinnggg, third, pergi pulau beras ke apa, kat sini boleh la mandi2.

TIPS: jangan la bawak plastic bag pergi pulau dayang bunting tu, species monyet sama banyak je ngan species manusia. I ni kan pentakut binatang no 1, bayangkan kucing pon i fobia inikan lagi monyet. Monyet suka beg plastic and kalau tak bawak pon beg plastic nanti die akan pergi jugak kat beg korang nak cari makanan, scary okay, macam masuk dalam kandang harimau, bagi i la haha.! Tapi kalau nak bawak makanan, bawak la sebab lapar gila.berenang kan lapar, so bawak la air dan makanan tapi sorok2 tau or tinggal je dalam boat.

IMG_29861 
 Dekat jetty tunggu boat. 

IMG_29941 

IMG_30101 
Dayang bunting, nampak tak ade kepala, tet*k, tangan pastu perut die macam tengah baring. Obvious kan, siapa tak nampak memang kesian.

IMG_30131 

IMG_30251 

IMG_30261 

IMG_30281 
 Sejarah pulau dayang bunting.

IMG_50821
 Nampak tak beg i bawak, dalam tu i bawak makanan, punya takut si monyet,, i balut guna baju sebab takut monyet dengar bunyi plastic. Bunyi pon dia boleh detect okeee.

IMG_30291 
 Kat sini boleh mandi, ada kayak, paddle boat semua. Kalau taknak sewa life jacket, mintak la kat abang boat tu pinjam kejap, kalau tak kena bayar tuk life jacket kalau nak mandi.

IMG_30421 

IMG_30451 
 Ni monyet ni, takut okay, dah macam i pulak monyet die raksaksa besar nak makan i. I takut binatang berbulu, sebab yang boleh berbulu ialah manusia je, lain takley, cacat takk. So selain manusia yang berbulu sikit je la tapi, lain semua takut. Haritu ade pompuan ni tinggal hand bag die atas meja camtu sekali ada monyet ni die bukak zip, bukak purse, bukak plastic die amik semua panjat atas pokok. Bijak okay monyet dayang bunting ni, jangan main2, phobia i duduk sana lama2. Dah la i ni kalau takut memang macam monyet jugak la, dah boleh samakan da rupa, hodoh gila pastu tak aman sikit2 tengok keadaan selamat ke tak. Apesal orang taknak paham tak i memang fobia ok FOBIA. Mungkin lain kali kalau nak pergi kena pakai perisai ataupon bawak kayu golf haaa. Good idea la. Ini bukan lawak oke, memang tak lawak.

IMG_30461 

IMG_30571 
 Lepas pulau dayang bunting kitorang pergi singgah tengok helang, tengok je tak buat ape2, tak boleh terjun pon. Tengok atas boat, helang i suka, sebab dia terbang diam2, tak macam monyet tadi benci betul.

IMG_52601 
Lepastu singgah jap dekat pulau beras kot, i main hentam je nama. I suka mandi laut tapi sebab period, sedih gilaaa. Kalau tak dah terjun je :(

IMG_52721 

IMG_53091


IMG_30591 

IMG_30921 
 Lepas dah habis island hopping semua lapar gila hoiii. Singgah makan dekat sini, dia dekat ngan airport. Gerai ni memang famous dekat langkawi kan? Sebab baca review, sedap siottt. Sila lah singgah kalau datang langkawi, kalau tak singgah memang fail.

IMG_30971 

IMG_30991 
Bihun soup ni, pengsan sebab sedap sangat. Sedap yang sangat, i memang suka bihun soup utara sebab cili sambal dia warna merah, sedapppp. Kalau merah je sambal dia memang menjilat jari.

IMG_31011 


Tengah hari tu dalam kol 3 kot balik, then rest kejap pastu keluar balik petang sebab nak pergi cable car. sampai sana dalam kol 6 dah tutup, sedih okayyyy. Sebab cuaca tak elok katanye, walaupon tak hujan tapi die kata kalau angin pon dia tak kasi.
IMG_31031 

IMG_31101 

IMG_31341 

IMG_31721 

Malam tu beli coklat kejap, nampak tak coklat kena pergi banyak kali sebab ada yang terlepas pandang. Kalau nak beli coklat, beli je dekat ismail group, dia ada banyak cawangan, ada certain cawangan takde coklat yang kita nak, so sebab tu kena pergi banyak kali, setakat ni kat situ la murah. Then kitorang pon g makan dekat bamboo beach ni, dah tak ingat dah rasa dia cane, lama sangat dah pergi. Tapi sedap la sebab semua habis.

IMG_31831 
 
IMG_53771 

IMG_53831 

IMG_53871 



IMG_53921




Day 3:

Kite bangun lepas subuh camtu sebab semalam collapse, penat tak sempat pack barang, so bangun pack siap2. Emosi ok kena pack sorang2, dah la banyakkk coklat, penuh ngan coklat je. Baik bawak beg extra, nafsu membeli coklat memang tak tertahan. Pergi breakfast dekat luar, then g makam mahsuri. Ticket is RM5 per entry. Budget dalam 30 minute pon oke pergi sini.
IMG_31841

IMG_31891 

IMG_31931 

IMG_32031 
Ini ialah generasi mahsuri, diorang kate cantikkk sangat. Errr tak berani nak cakap kang sumpah pulak.

IMG_32051 
Then akhirnya tercapai hasrat naik cable car, kitorang naik pagi2 siap kabus pon ada lagi, dalam pukul 10 camtu. Tak nampak pape pon. Hara RM15 kalau guna mykad, sila bawa mykad.
IMG_32161 
Sebab tu boleh konon berani jalan selamber atas jambatan tu.

IMG_32391 

IMG_32411 
Sekali bila nak turun amik ko curam okayyy. Haha i siap duduk tepi2 kat hujung lagi ha amik gambar.

IMG_32501 


Pukul 12 kitorang dah check out and terus naik ferry balik. Ambik kereta, lunch dekat rumah mami and  singgah pergi penang kejap,makan char kuey teow dekat permatang pauh kot? Sedap tapi waiter tak mesra alam, mintak order macam nak halau, mintak tambah lagi tak bole belah muka, hello i nak kasi duit oke?
IMG_32591 

IMG_32621 

IMG_32631 

IMG_32661 

Fuhh habis jugak 3hari 2malam di langkawi. Saya sebenarnya kenal ngan kakak2 tu masa pergi ni je hehe, sebelum ni tak kenal pon. So korang jangan risau kalau pergi tak kenal, kalau pergi bercuti sama terus jadi macam da kenal.=)

As a conclusion

Toll + minyak kereta dari kl-jeti kuala perlis:RM240++ return trip
Ferry: RM36 return ticket
Kereta sewa: RM50-90
Minyak kereta sewa: RM50 tuk 3 hari cukup.
Hotel: Ikut hotel
Island hopping:RM25- RM35 per person
Cable car: RM15
Makam mahsuri: RM5
Makan 3hari 2malam: Tengok le awak makan ape pulak kann.
Chocolate: RM100 wokehh tengok perut and nafsu

Sampai sini sahaja byeeee!

13 comments:

Admin said...

nice entry.best nya dapat jalan2 p langkawi...
saya lum berkesempatan lagi..insyallah satu hari nnt:)

Marya Hana said...

kahkah, bella ni betol-betol taknak separate entry ! ^^

budak ni sentiasa nampak lawa. eh.

INNANIE ARIFFIN said...

bestnya pegi holiday!!! hilang segala stress kan

Riena Haiqal said...

bestnya... cantik jer tempat2 tu semua..
saya pun sangat2 takut dengan monkey ni.. takut sebab dorang ni sangat2 ganas..

izuddinrahim said...

emo dengan monyet. ha ha XD

b e r i k e t e n a n g a n p a d a i k a n said...

great sharing...

like it...lebih-lebih lg, mmg xpernah pi langkawi.. =D

Unknown said...

woaahh..best lah dapat jala2 langkawi :))

Anonymous said...

subhanallah...:-)
Cantik sangt...:-)

mfadhlan.com said...

thanks for the post...rasanya nak gi langkawi ni tak perlu bawak duit banyak..500 dah ckup ni...hehe

Unknown said...

Cantik blogger ni.

Unknown said...

Salam..bley x kasi contact no island hopping tu..coZ tgk price murah la..tq

Unknown said...

Nice entry...dont mind bley x kasi contact no utk island hopping tu..tq

Unknown said...

Salam..bley x kasi contact no island hopping tu..coZ tgk price murah la..tq