Thursday, October 18, 2012

black canyon restaurant

Assalamualaikum..

Memang sebulan satu entry kann bella...Sebenarnya banyak dah tulis and tunggu publish but then when i read them back, found it too personal, hence I keep in draft. Saya adalah malu laa, malu kawan kawan baca ahakss, lepastu tetiba ade orang tegur, malu ai, ya Allah pompuan ni tak seperti yang dijangka, amik kau.

Anyway, sebenarnya saya godek2 balik album dalam hard disk, alang2 banyak gambar moh ler kite berkongsi cerita. Ingat tak kenduri kawan saya yasso tu, lepas tangkap2 gambar kitorang pergi jalan-jalan and makan dekat jusco klang. Makan di black canyon. Sedappp. Black canyon ni ada jugak dekat alamanda putrajaya, pon sedapp. Tapi tak sesedap Klang punya.

Black canyon dia ada ala carte and makan hidang which is set. Price-wise ok affordable, taste-wise ada ummphhh! Presentation for certain food cantik, tapi ada yang err ape ni, but worry not, rasa tetap sedap. Saya sebenarnya jenis suka ada banyak lauk, melainkan kalau ada lauk yang saya suka, satu pon dah cukup, kalau tak kena banyak. Macam let say ambil sepinggan nasi, nanti kan da sampai separuh ee bosan laa asik lauk sama je, rasa sama je dari tadi, ce lain pulak rasa. Lepastu mengada lauk tengah hari tak boleh sama dengan lauk malam, kalau sama pon mesti kena ada tambahan. Panggg sekali.

Saya adalah makan set dibawah, ade 3 lauk, 2 nasi, tapi boleh makan untuk 3 orang, tambah nasi je. Price rm39.90++. Consist of tomyam, kungpao chicken (rasanya nama ni, hentam je la) and sayur campur. Sila jangan tambah apa2 sebab memang dah cukup, kalau nak tambah pon mugkin chicken die, yang bawah ni, omg memang sedap masyaAllah, sedap sangattt boleh buat rebut ni, ai je la hehe. Tomyam dia for me ok je, and sayur campur, saya adalah tak suka sayur, tapi saya suka sayur dia, kesimpulannya sayur dia memang sedap laa.

IMG_40671
kungpau chicken, yakinn je nama dia nih
IMG_40631

Dorang ni semua ambil ala carte, saya share dengan orang lain untuk yang set.
IMG_40621
IMG_40601
IMG_40541
 Nasi ni pon sedappp.
IMG_40531




Lepastu masa puasa yang lepas, saya ajak la gadis berdua ni buka sekali. Disebabkan ai jenis kalau tak puas makan, akan makan lagi dan lagi. Dan kalau sedap saya excited je nak ajak makan tempat tu, so bawak la diorang pergi black canyon alamanda pulak.Dan haruslah meyakinkan diorang untuk pesan set yang sama hahahahaha. Tapi kitorang tambah kerabu mangga walaupun ai tak berapa suka. Diorang pon cakap kungpau tu sedap, seeeeee.
 
IMG_47711
IMG_47701
IMG_47681
IMG_47671 
IMG_4772

Sedap laa kungpau tu, tetiba nak pergi lagi, cukup bella cukup.Sekarang tengah mengidam sup tulang merah je. Huwargh hari2 termimpi lepastu tak habis racun semua orang dengan sup tulang mrerah, then tadi pergi la zam zam restaurant di jalan TAR nun, semangat pesan sup tulang merah, sekali habis, sekarangg macam mana nihhh. Terus cari resipi nak suruh mother masak.

5 comments:

mummy alisha said...

wah... terliuq nih...

bspotgurl said...

wah.. sedapnyee
I pun selalu gak gi Black Canyon kat B. Perda..

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

bella suka wat entri sal makan :)

ROJAK said...

asek makan luar je, pandai masak tak?

Fitrah Ariffin said...

lapaqqq aih!