Friday, July 19, 2013

Single, but not available

Assalamualaikum
Macam mana puasa setakat ni? Ok? Saya suka puasa masa kerja nih, kurang sikit rasa lapar, lupa tengah puasa sebab buat kerja kan. Hoiiii betulkan niat puasa hoiiii. I jumpa bakal suami I pon masa bulan puasa *tetiba*. Tetiba nak bercerita pasal bakal suami tanpa ribut taufan. Ada ribut nye yang bakal datang, sebelum taufan datang, kita turunkan hujan dulu, step by step.

Kenapa tetiba nak beritahu? Sajeee. All this while saya memang berkawan la dengan orang, I mean lelaki la. Ada sebab tersendiri kenapa tidak mahu memberitahu, mendiamkan diri, mahupun mengaku single (I am and still single anyway), sebab pada pandangan saya, u may agree/disagree, bercinta itu kan haram, semua orang pon tahu, saya sendiri tahu, tapi bila dah berkawan, haish lemah betul, saya fikir mendiamkan diri lebih baik, macam awak buat dosa, meceritakan kepada orang adalah seperti membuka aib sendiri dan menyombong diri dengan Tuhan. Seperti bangga cerita berapa tahun kenal, bercinta dengan dia, dia lah segalanya, macam benda tu takde ape-ape. Padahal benda tu ape ape. Faham tak? Kite pon tak pasti hubungan tu kemana. Tak pasti, baik diam. Pandangan saya la. Sejauh mana saya berkawan, simpan dalam buku. Sebelum saya kawan lagi tanya siap2 u ni nak kawen dengan i ke tak wakakaka, kalau taknak takpayah kawan. Adakah seperti paksaan, sebab tu takde istilah putus, couple mahupun ape2 la, sebab ape2 jadi settle la cemana pon yang penting kau dah janji nak kahwin. Ye la setakat benda kecik2 nak tinggal2 alahai, macam mana la nak handle benda besar.

Hari2 doa nak kawen nak kawen nak kawennn. Sejujurnya saya tak pernah clarify bakal suami saya sebagai bf selama berkawan, malu kot nak sebut bf tu. Saya kalau cerita sama ada cakap nama atau kawan kite tu kan blabla, cakap dia kawan je, bengang je orang dengar, tapi dia takde la heran sangat, jadahnya dia nak heran kalau semua benda pon dia cek kann. Saya cakap ngan parents saya pon dia kawan je, sebab kawan laki saya ada satu, dia je la wakaka. Dia pon cakap ngan family dia, saya kawan je, fair ok fair. Tapi taktau la dia ada berapa banyak kawan ;p.Saya adalah dilarang berkawan dengan lelaki kalau takde urusan penting, dan saya memang train diri saya macam tu, sebab bagi saya, dan pengalaman saya, saya tak boleh kot kawan, there is no such thing as alaa nak kawan je pon secara tiba2 (certain cases). As long as saya tahu batas saya, tau apa yang saya buat, itu dah cukup. Kalau ada yang kata saya nak test market, haha, terpulang.
Keduanya family saya dan dia memang menentang la bercinta ni, ye la kalau membenarkan dapat saham sekali. Orang tua dah larang, anak2 buat jugak, parents dah terlepas disoal. Nak keluar sama apetah lagi dilarang (tapi ada jahat sikit la), kalau call tengok bill, selama sebulan hanyalah 30min average, paling lama 45min, adakah seperti sangat sedih. Bagitau family pon susah, ini kan lagi public. Dah la saya the eldest daughter, takde pengalaman macam mana nak cakap. Saya kenalkan dia dekat family masa saya konvo, dia pon kenalkan saya masa konvo jugak. Kiranya dah lepas habis belajar boleh la kenalkan, gituu. Tu pon kenalkan je zzz supaya tidak la terkejut tetiba nak mintak kahwin. Malam sebelum dia konvo rasanya, parents nye pon datang ke rumah hantar cincin. So dapatlah saya cincin. Kitorang kalau ada event, gaduh je kerja, dia datang rumah saya memang tengah gaduh, tak pandang muka ni. Kitorang memang suka gaduh pon wakaka, masa baik boleh dikira dengan jari nak dicompare dengan gaduh. Kalau 2hari baik, seminggu tu gaduh, ha tak bercakap la. Kalau sebulan baik adalah seperti ajaib ok. Lepas kahwin mudah mudahan baik je insyaAllah.

OMG rasa gedik sangat tulis benda ni. Sebab saya tak suka kongsi dia dengan public. Kang terlebih terjiwang, orang menyampah pulak sebab diri sendiri menyampah baca orang cerita cinta jiwang terlebih dos sangat ni :). Kalau terlebih, maafkan saya. More to come ni. So yes, i hope everything is clear dan segala persoalan terjawab. Saya banyak khilafnya, mungkin ada yang terasa hati, salam kemaafan dihulurkan terlebih dahulu ;) Kita tunggu cerita lain pulak nanti ok. The next step insyaAllah. Saya, awak, kita semua Allah yang punya,cuma Allah pinjamkan dia untuk jaga saya dan saya untuk jaga dia :).




 
2hari selepas dia konvo, saya konvo kali kedua :)


Ini adalah draft yang paling lama saya edit. Macam toooo personal hihihi. Tapi saya suka baca personal life orang wakakkak. K bye

15 comments:

Shazwani Ramly said...

awwww macam sweet je kak bella tulis camni. Tetiba lagi interesting sbb kita pun suka baca pasal personal org. kehkeh. Semoga segalanya berjalan mcm yang dirancang :) tak lama lagi la ni.

Zuan said...

bercntalah selepas bernikah ^^

Unknown said...

saya suka cara sis.. :) teros insaf..hehe..tetiba rasa nak delete post yang xbkenaan kat blog kite tu..huu

BxRxD said...

Kurang personal publikasi, lebih privasi perhubungan 2hati...di pandangan mata Kasar single tp ble dhalusi dgn pandangan mata hati double.Hahahaha

Anonymous said...

nice writing...

Anonymous said...

bernikahlah sebelum bercinta..

Syira Lokman said...

nice ^_^

Unknown said...

betul tu...:)

Amaliena Ros said...

hai, biasalah adat bercinta, btw saya singgah dan follow sini #3935

boni kacak said...

saya doakan agar bella dan pasangan akan berbahagia sehinggalah ke syurga.. amin.. cepat2 sikit kahwin tu.hehe. jangan lupa jemput kawan-kawan blogger :)

Pencintamemori said...

wahh :) first time dtng sini hehe..salam perkenalan..

*saya pun takde lah baik sgt..tp apa yg saya harap kan sgt ialah..saya kekal tak berkapel sehingga lah berjumpa dgn orng tepat..hehe
harapan saya pun kalau boleh..bercinta lps kawen!haha.. :p

so..saya tabik lah dgn pendirian akak :)

weschairs said...

Kawin la cepat

Nia said...

Salam ziarah...UPM! Sama kita! hehe..terkeluar topik pulak. Harap berkekalan dengan si dia ya. Insya'Allah ;)

SeRi mAnJa said...

so sweet :)

aindzaya said...

bergaduh tu kan mengeratkan lagi hubungan.tehee