Monday, November 11, 2013

SEDA MALAYSIA blogger workshop

Assalamualaikum.

WARNING! Entry ini penuh dengan penerangan dan perkongsian hiuhiuh tapi setakat yang saya pernah pergi event yang educational ni, event ni paling saya rasa menarik untuk didengar. Mula-mula mengantuk sikit la, ye la pagi ahad kot hello. Lama-lama semua terbuntang mata. Mesti korang tak pernah dengar tentang SEDA MALAYSIA ni kan, well sebelum saya pergi event ni saya tak pernah lansung tahu pasal SEDA dan apa yang diorang buat wakakka ;p. Lepas tu ada orang interview tanya pernah dengar pasal SEDA, direct je cakap tak pernah denagr.SEDA ialah satu organisasi dimana mereka melaksanakan program FEED-IN-TARIFF (YOU WILL LOVE THIS TOPIC TRUST ME) didalam pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui (RENEWABLE ENERGY) di malaysia. Saya akan guna terms renewable energy je lepas ni ok?




So dalam kata ringkas SEDA la yang menguruskan 1% yang korang bayar extra untuk bil elektrik setiap bulan bila bil lebih RM77, refer wang tenaga boleh baharu dalam gambar. (please refer TNB clarification) Tau tak selama ni kena bayar fund 1%? Saya taktau sebab bukan I olls yang bayar, boleh cek bill sekarang dan tengok ada tak tulis 1%? So isu 1% ni pernah keluar sewaktu election haritu, mengikut apa yang didengari 1% fund yang kita bayar itu adalah fund untuk buka quota supaya lebih ramai orang boleh mendaftar untuk FEED IN TARIFF, bukannya duit itu berada diawang awangan seperti yang digemburkan. Contoh bil dia ha macam yang bawah ni, dia punya bill RM100++ dan fund wang tenaga boleh baharu ialah RM1 je, alahaiii RM1 je. Once we contribute to the fund, makin ramai orang boleh register FEED IN TARIFF, and we can make money out of it!

 source:google





Apa itu FEED IN TARIFF? saya sukaaaa ni. Korang tau tak korang boleh jual elektrik kepada TNB? Kira macam korang guna elektrik setiap bulan, korang bayar bill, at the same time, korang boleh menjana elektrik sendiri menggunakan renewable energy yang ada dan kemudian menjual kepada TNB dengan harga yang berkali ganda. Ye saya baru tau, baik kepada industri ataupun individu semua pon bolehh. Visit website diorang SEDA kalau nak tau berapa rate yang akan dibayar. Ye korang dibayar bila korang didalam program ini. Cara nak daftar FEED IN TARIFF ada diterangkan didalam website SEDA dan sebab dah ramai sangat register, quota untuk tahun ni dah habis,sila selalu update dan akan dibuka semula tahun depan.

Contoh-contoh renewable energy


Kenapa kita perlu opted kepada renewable energy bermula dari sekarang?Sekarang ni sumber tenaga kita ialah gas,coal and oil, Melalui pembacaan, sumber tenaga tidak akan habis, tetapi akan berkurangan dan kos untuk memproses akan menjadi mahal disebabkan sumber yang kita dapatkan ni jauhhhh dalam muka bumi dan memerlukan mesin yang mahal. Sumber FUEL ni makin lama makin sikit, tapi sumber renewable energy macam solar, hydro, biomass dan biogas sentiasa ada, bukan setakat ada, tapi terlebih-lebih, buang macam tu je, padahal boleh je guna tukar jadi tenaga. Mungkin next entry akan terangkan pasal sumber-sumber ni dan macam mana nak guna sumber yang ada, boleh digunakan untuk jana elektrik dan hasilkan pendapatan wahh gituu skem sangat.


Banyak dah rumah-rumah install PV solar dan few industri yang menggunakan bahan buangan untuk tukar kepada tenaga. So kepada kita-kita ni,bila lagi nak guna renewable energy? Sambung next entry,panjang sangat dah ni.Till here tadaaaa.

 
thank you kak fear jemput saya, dan saya menjemput hubby saya datang sekali ;p


Husbter sit in front tinggal isteri -_-"





7 comments:

Emi said...

Menarik. Memula baca mcm agak bosan. Tp lama2 mcm menarik pulak benda alah ni..

Aty Fared said...

Noted...saye jugak baru tau pasal seda ni... :)

INNANIE ARIFFIN said...

apa laman web seda ni ye?

suplemen tambahan said...

Ke arah menghijaukan semula bumi kita.membuat penjimatan ke atas sumber yang ada dan memanfaatkan sumber semulajadi.

Alyza Fisol said...

hi bella!!nice to meet you dear...malu malu kucing aiii nak tegur you... :)

Sabar said...

good info.nak tau lg pls..bella.tq

Unknown said...

Dear Bella,

thanks for coming ye :-)