Wednesday, October 31, 2012

Pentingnya membaca alfatihah dengan betul

Assalamualaikum.

Kita semua tahu solat itu wajib, perlu. Dan kita semua tahu juga bukan semua orang mampu melaksanakan secukupnya apatah lagi dengan betul termasuk diri saya, lagi2 kalau sedang berjimba nauzubillah. Alhamdulillah saya dikurniakan keluarga terutamanya emak yang sampai sekarang setiap waktu menyuruh saya solat walaupun dah besar hoho, nampak sangat dah besar tak semestinya cukup solat kan, entah budak sekolah rendah lagi full solat dia.Nampak takk.

Seperti yang kita tahu, alfatihah ialah salah satu rukun diantara 13 rukun dalam solat. Kalau kita baca salah dah tentu la solat kita tak sah. Sebab tu kalau solat macam patuk ayam tak pon macam cacing panas tak pon macam nak disondol lembu pasti ke sah kalau takmaninah pon nan adooo.ops ai terasa u olss. Bella bella. So marilah kita betulkan satu satu, tapi yang penting kena solat la.

Ada riwayat (bukan dari hadith sahih) mengatakan bahawa dalam surah al fatihah ada nama-nama syaitan jika kita tidak membacanya dengan betul, (correct me if im wrong).Berikut ialah nama syaitan yang wujud di dalam al-fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati. Hati hati!

BACA NI BACA SEKARANGGG!


Surah Al Fatihah

1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH
2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB
3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU
4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK
5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS
6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYA bermaksud matahari.(Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan”)
7.SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti
8.AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH.

Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:
a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)…sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.
b) malikiyau-middin…sepatutnya dibaca, maalikiyau-middin ( ‘maa’ = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a’n a’m…sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a’m…(perhati dalam ayat diatas, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain)


Mesti tengah baca surah alfatihah kan sekarang? Baguslah sebab moh ler sambil baca sambil sedekah pada orang yang sudah meninggalkan kita, sebab kadang2 tanpa sedar bila kita terima berita kematian kita hanya sekadar cakap alfatihah tapi tak baca pon sebenarnya tetttt, so jangan sekadar alfatihah je, habiskan dari bismillah sampai lah aaminnnnnnnn.Hoi jangan lah bismillah lepastu amin pulak. Baca penuh2, kalau tu pon taknak baca, susah lah hidup.Seminit je seminit je kemon kemon. Sedih tak kalau kita dah tak ada takde siapa sedekahkan surah alfatihah, sedekah tulisan alfatihah mungkin banyak.Ok?


p/s:terima kasih yang visit blog saya dari majalah hijabista.Lawak tengok muka sendiri hihi.Dannn kepada sesiapa yang nak bertanya pasal apa2 (interview, iklan, lamor,masalah cinta, eh?,ape2 je), anda adalah digalakkan email ye EMAIL (nabeelariduan@gmail.com), jangan lah message dekat fanpage fb tu tau takut tak perasan.Thank you.

7 comments:

Hazwani Harun said...

Trima kasih share ilmu yg berguna ni..smoga kite terus dalam rahmatnya..

Ayeem Jemain said...

al-fatihah tu salah satu rukun qauli, selain takbir, tahiyat akhir dan salam. kalau bacaan (makhraj n tajwid) tak betul, mmg tak sah. bukan tu je, rukun qauli kena lafaz, at least keluar suara walaupun pelan. ramai suka baca dalam hati dan bisik, tak sah.

kalau bimbang solat tak diterima, perbanyakkan solat sunat, lagi2 solat sunat rawatib. based on hadith ni:

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya, jika solatnya baik (diterima), maka beruntung dan berbahagialah ia. Dan jika solatnya rosak (tidak diterima), maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang sesuatu daripada solat fardunya, Allah berfirman: "Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai solat sunat yang dapat menampung solat fardunya?" Demikianlah keadaan semua amalnya yang lain dihisab." (HR At-Tirmizi r.a.) *kopipes je*

i pun masih memperbaiki jugak, dulu mmg byk salah. sesama lah kongsi ilmu yg ada. thanks utk entri ni :)

MéuzAngelo™ XXIII said...

good entry! terutama bahagian "siro-thol-lazi na a’n a’m.." tu byk kwn2 yg baca tak betul.. bila kita tegur dorang, mula la melantun "kau bukan ustaz..".. haishh.. susah kalau lelaki ni ego tinggi sgt kan.. hehe

Shazwani Ramly said...

perkongsian yg baik kak bella. hee. mengingatkan kita jugak.

ahmadhiSyam said...

thanks for sharing. jgnkan surah alfatihah, nama Allah pun masih ramai yg salah sebut..jd sama2 kita usaha agar ibadah kita diterima olehNya...

Ain Dzaya said...

baru perasan ada 1 dua salah pronounciaton ..thsnks :)

Anonymous said...

tulisan rumi tu susah nak menjelaskan tulisan arab yang sebenar...bila sebut ka. maksudnya ada Alif kat kaf tu...tapi xd..try check balik..:-) walluhualam...:-)