Monday, February 25, 2013

Bersyukur dan berjaya

Assalamualaikum.

Setiap kali saya keluar rumah akan lalu rumah-rumah besar yang cantik, ada satu rumah tu penuh cctv rumah dia, ada la 14 kot saya kira dekat pagar je, setiap kali tu jugak saya tengok, kadang2 cakap dekat mother, nabeela suka la rumah tu. Kadang-kadang jugak mother selalu balas balik kita bersyukur dengan rumah kita ada.


Saya renung balik, saya bukan tak bersyukur, macam mana eh nak cakap, macam kagum and kalau boleh nak macam tu nanti. Saya pon confuse sebenarnya salah ke betul, niat saya nak berjaya dan ada duit so kena kerja bersungguh la kan tapi kata lainnya macam terlalu duniawi la pulak, apa tujuan hidup,nak kejar harta dunia atau akhirat. Tapi salah ke kalau bercita-cita macam tu. Kalau boleh memang azam taknak la settle down hidup susah, semua orang taknak macam tu kan. Tapi saya taknak lah terlalu mengejar benda-benda yang mungkin tak boleh contribute ke syurga pon.

Definisi susah pada manusia ni berbeza. Ada orang kata duduk rumah teres pakai kereta malaysia bagi diorang susah. Ada orang pulak definisi senang dia adalah dapat makan nasi dengan telur, wonder kan betapa susah nye dia. Bila kita buat kerja setakat sapu sampah, basuh baju, basuh pinggan kira dah boleh gebang satu dunia buat kerja teruk sangat, tapi pernah tak terfikir ada orang terpaksa toreh getah, masak, jaga 10 anak, keluar pagi jual nasi lemak tapi tak pernah merungut walaupun memang susah kerja dia. Bila kita tengok orang muka cantik, ada harta, ada segala, bijak dan sebagainya, rasa rendah diri, hina, tapi pernah tak terfikir banyak lagi orang lain yang perlu fikir benda2 yang kita sendiri tak terfikir masalah tu, kais pagi makan pagi, bapak rogol anak, lahir takde mata, takde telinga, pekak, bisu, buta, tempang, cacat, cela..Nak rasa rendah diri lagi?

 

Kita kena balance. Saya selalu tengok orang diatas saya sebagai sumber inspirasi. Nak berjaya, nak one step above, bukan nak jadi macam diorang, tapi nak jadikan diri sebagai seorang insan berguna. Macam bila orang tu pandai, oh kena berusaha jadi pandai jugak, dia kaya, ok belajar betul2 kerja bagus boleh kaya, oh dia baik, ok kena jadi lagi baik, you know sebagai semangat. Bila dah ada kat atas pulak and tetiba rasa tak cukup lagi tak cukup lagi, rasa rendah diri ke tetiba, tengok lah orang dibawah anda supaya rasa lebih bersyukur. Bila kita tak boleh makan mahal-mahal, renung balik ada ramai lagi orang tak dapat makan pon, bila tak bawak kereta besar, tengok ada orang tak mampu beli motor pon, bila tengok orang cantik, ada banyak lagi orang yang mungkin tak sempurna, orang lain kaya, tapi ada banyakkkk lagi orang yang terpaksa bagi anak dekat orang lain sebab tak mampu nak hidup, bila sakit sikit merungut, tapi ada orang merana berpuluh tahun terpaksa menahan sakit yang lagi teruk dari kita. Ya Allah bersyukur sangat.

 

Kawan kawan saya alhamdulillah ramai yang datang dari keluarga yang senang. Tapi bapak saya selalu ingatkan and kitorang memang selalu dibawa dari kecik ke rumah orang susah2 pergi jumpa orang sakit. That kind of thing. Sebab susah bagi kita tak sama susah bagi orang lain. Ada pakcik ni masa raya gigih dia hantar rendang dekat rumah, rendang hati, daging ada sikit. Saya tanya mak saya, mother nape dia bagi hati je euww. Dia orang susah, hati dekat pasar murah, daging mahal. I was like really, see kita rasa makan daging tu biasa tapi bagi orang lain daging tu macam lobster kita..Ada makcik ni dekat kampung, masa raya jugak masak masak lemak nangka, bagi kita ok biasa lah, bagi diorang tu je yang mampu nak buat. Tu yang mampu, yang tak mampu, saya pernah pergi rumah makan nasi kicap air sedihnya rasa. 


Kenapa perlu melawat orang sakit. Sebab malaikat selalu ada dengan orang sakit. Bila kita dekat dengan orang sakit, terfikir pasal kematian. Baru kita sedar, yang hidup bukan pasal dunia je. Sebab tu kadang2 bila kita rasa down pasal perkara yang tak penting pon, macam saya kadang bila tengok orang lebih sikit, tengok gambar orang ada itu ini, rasa best nyeeee, mula mula best la, lepastu tetiba rasa sesal kenapa aku takde macam dia, kenapa tak dilahirkan macam tu why why, then comes the good side bella wake up, saya tutup semua benda yang saya tengok and baca benda2 yang menginsafkan. Pada saya, kurangkan tengok, baca, dengar perkara yang tak menguntungkan yang boleh buat kita rasa ungrateful.

 

To be honest, saya suka tengok perempuan cantik, saya jeles je dekat few girls, hari2 nak stalk, tapi hari2 tu jugak saya kecewa dengan diri sendiri sebab tak cantik macam diorang, what I did was I stop stalk diorang. Buat la pape, tengok muka paling cantik diri sendiri ke, buat2 lupa nama ke, hati kena cekal. Lepastu wahh wasnt that bad. See benda macam ni pon boleh buat kecoh kan, padahal orang lain isu lagi besar, and banyak lagi la small2 things yang kita rasa besar tapi sebenarnya bagi orang lain, tu jentik je dah selesai. Kita je make things complicated. Sometimes takde duit nak beli baju baru pon da stress, hoi orang lain beli beras pon takde duit woii.

 

Begitulah saya sehari2, hidup saya ni sederhana, saya tak la pernah duduk rumah setinggan mahupun flat tapi idaklah rumah banglo bertingkat-tingkat. Bilik saya ni kecik, saya stress bilik kecik lepastu salahkan built-in cabinet sebab tak boleh ubah. Lepastu taknak tidur bilik sendiri and demand besarkan bilik, alhamdulillah thank you Allah bapak saya memang takkan layan hehehehe. Mak saya je la melayan sanggup nak sacrifice bilik air dalam bilik beliau walaupun hanya harapan palsu. Kita kisah pasal bilik, mana tau orang lain kisah rumah pon takde hidup dalam khemah je. Ibubapa sangat memainkan peranan penting, tak salah ajar anak hidup susah, tak salah jugak bagi kesenangan asalkan faham erti bersyukur.

Akhir kata, bandingkan diri anda dengan orang yang lebih tinggi sebagai sumber inspirasi untuk berjaya, dan bandingkanlah diri anda dengan orang yang lebih bawah dari anda supaya lebih bersyukur.

11 comments:

Shazwani Ramly said...

thanks kak bella mengingatkan :D

fadyxc said...

mmg sedih. pernah jumpa pakcik cina selongkar tong sampah depan rumah org kaya, then bila dia jumpa makanan dia mkn mcm tu je....tak ke boleh dpt sakit mkn dr sampah? sedih btul tgk. masa tu sy tgh drive. tgk je sampai terkejut2. nasib baik masih boleh drive....nak stop bg pakcik tu duit tp tgh kat traffic yg one way. ntah la. ini dah la KL, tp that kind of thing still happen. negeri lain taktau lg

nerves said...

yup! kite dalam hidup ni yang paling penting kene seimbangkan dunia dan akhirat dan akan hal dunia tu adalah sesuatu yang dapat memberikan manfaat dekat akhirat kelak..inshaAllah.

oh btw cik beela..awk da cukup cantik utk awk jeles dgn org lain..tak caye tryla buat poll..haha..maka alhamdulillah

akhir kata..semoga kite semua bahagia didunia dan akhirat..inshaAllah :))

Entahlar... said...

True!

Anonymous said...

Saya suka entry ni.tau tak,kak bella la sumber inspirasi saya.kak bella cantik,pandai.saya suka stalk kak bella.kadang2 jeles sbb kak bella cantik,ada ramai kawan baik.hehe =)Tapi mcm kak bella cakap la,bandingkan diri dgn org yg lebih bawah supaya kita bersyukur.
#teringin nak kawan dgn kak bella.=))

Anonymous said...

thank you for this post adik nabeela.. akak baca sambil dgr surah ar rahman bacaan imam fatih seferagic.. bergenang air mata.. insyaAllah akak pun nak berusaha utk menjadi hamba yg lebih bersyukur.. alhamdulillah diingatkan dgn membaca entry ni..

Mohammad Firdaus Mahadi said...

Penulisan yang baik, teringat dengan hadis Nabi Muhammad SAW, “Orang yang baik itu adalah yang memberi manfaat pada orang lain”. Semoga apa yang kita ada sentiasa mencukupi dan semoga tidak leka dengan dunia.

Mira Amirudin said...

alhamdulillah...thanks for reminding :)

Anonymous said...

u r my inspiraton...:)

Amirul Ramli said...

Aritu mase tuang minyak dekat petronas ade jumpe sorang lelaki ni, tak terurus, pakaian koyak2, kaki ayam, lepas tu panggil dia.. sy kasi sepuluh ringgit. Bukan nak puji diri sendiri tapi nak bagitahu dan galakkan, yg bila kita selalu tolong orang lain kan, dia punya best tu mampu untuk buat kita tersenyum panjang. Hehe..

Nur Murni said...

Saya juga fikir sama semua yg awak tulis..dr dulu itulah yg saya inginkan Bella..alhamdulillah doa saya setiap hari Allah makbulkn.tp dsebalik semua yg saya Ada,bnyak ujian n dugaan saya harus tempuh..mmg kita patut brsyukur Pa yg kita dpat..besar ujian dia dpat,lagi besar pahalanya...