Wednesday, July 10, 2013

Ku mengharapkan ramadhan

Assalamualaikum

Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna.


Saya suka betul lagu ni, manbai nyanyi, saya suka dia sebenarnya ahah. Sebenarnya nak wish sahaja, selamat menyambut ramadhan. Saya rasa sayu sangat ramadhan kali ni, taktau la, rasa macam emmm sayu la taktau la nak cakap macam mana. Saya sangat berharap saya akan berubah menjadi lebih baik. Jadi hamba yang baik, umat yang baik, anak yang baik, isteri yang baik (idak ler saya da kawen hihi), saudara yang baik, kawan yang baik.


Mudah mudahan ramadhan akan datang berpeluang lagi lah bersama keluarga, huwarghhhh tengah sedih ni huwarghhhh T_T. Takpe lah, insyaAllah dengan izin Allah :). Moga-moga ramadhan kali ini bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga, menahan nafsu juga salah satu benda yang pentingg sangat sebenarnya, saya pernah terbaca, jika di dunia kita dapat melawan nafsu kite, nescaya di akhirat Allah akan balas dengan nikmat yang berkali ganda. Apa2 nafsu la, nafsu marah, mengumpat, mengata, makan, mata keranjang, tidur, mandi, semua la. Bila di bulan ramadhan ni, tiada siapa yang mendorong kita melakukan dosa melainkan diri kita sendiri, masa ni syaitan dah takde, makanya adakah diri sendiri yang syaitan? renungkan.


Saya nak kongsi sikit antara perkara yang susah betul nak tahan ialah mulut. Mengata dan mengumpat. Perempuan ni memang suka bercerita, tapi dalam masa bercerita tu kemungkinan besar ada yang termengata orang, mungkin bagi kita, eh mana ada kite cerita balik je, walaupun betul, hanya malaikat dan Allah sahaja yang tahu, jadi bagi kite manusia yang khilaf ni kurangkan la, kalau tak boleh buang, kurangkan. Macam tampar diri sendiri je rasa. Antara orang-orang berjaya ni, dia kurang bercakap pasal orang lain. They did not talk about people. Asal nak cakap je istighfar, asal nak cakap je istighfar. Kalau telinga yang mendengar pulak, senyum sahaja :) Ajar diri, diri saya terutamanya, untuk sentiasa bersangka baik dengan orang lain, kalau kita baik, orang buat jahat lagi? Takpe, bersangka baik, sentiasa tanam dalam hati, kita mencari redha Allah, bukan redha manusia, kita mencari akhirat, bukan dunia. Biar dipijak didunia, tapi disanjung diakhirat.


Ada 4 jenis golongan manusia di muka bumi ini. 

1)celaka di dunia,bahagia di akhirat
2)bahagia di dunia, celaka di akhirat
3)celaka di dunia, celaka di akhirat
4)bahagia di dunia, bahagia di akhirat


Saya ajar diri saya untuk lebih nampak akhirat dari nampak dunia, ye la, bila ada masa ingat akhirat, tapi bila dah bersuka ria, ingat dunia je la. hew hew. InsyaAllah ada kelapangan saya share la dengan lebih terperinci tentang 4 jenis golongan diatas. Saya pohon mudah mudahan segala kelemahan2 saya Allah tukarkan menjadi kekuatan2 saya, kalau bukan sekarang, satu hari nanti :)


Selamat berpuasa! Malulah mak mak bapak bapak yang tak puasa, macam mana nak ajar anak2 berpuasa, macam mana nak lahirkan generasi yang kuat? Tapi suruh anak puasa. facepalm.


4 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

InsyaAllah awk mampu...selamat berpuasa belladelarosa..zairimae

Unknown said...

Selamat berpuasa.. bagus ingatan2 tu

- Ma StOrY - said...

kita tak tau kan.. mungkin ini ramadan terakhir untuk kita.. so perbanyakkan amalan.. sama2 kita mengejar amalan untuk bulan ini..